Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
"Pada hari ini Aku telah menyempurnakan agamamu dan telah Aku sempurnakan pula nikmatKu untukmu dan Aku telah redha Islam sebagai agamamu"
surah almaidah , ayat 3
" Malaikat Jibril As telah berkata padaku ." hai Muhammad, sesungguhnya Allah Taala telah menciptakan sebuah laut di sebalik gunung Qaf, dan dilaut itu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untukmu. Maka, barangsiapa yang mengambil seekor ikan dari laut itu maka lumpuhlah kedua tangannya dan ikannya pun akan menjadi batu".
Ini mengisyaratkan bahawa sesiapa yang membaca selawat untuk Nabi Muhammad dan mengerjakan solat 5 waktu maka dia akan selamat dari tangan siksa Malaikat Zabaniah dan selamat pula dari siksa neraka.
Diriwayatkan bahawa ketika ayat tersebut turun, maka Umar Ra menangislah. Nabi bersabda kepadanya, " Apakah yang menyebabkan engkau menangis, wahai Umar ?"
Umar Ra menjawab ," yang meyebabkan saya menangis ialah kita bertambah urusan di dalam agama kita, kerana bila dia itu menjadi sempurna, maka sesungguhnya tidak ada sesuatupun yang sempurna kecuali dia tetap kurang". Sabda Nabi Muhammad , " telah benar engkau".
(abu su'ud)
Kata al yauma maka huruf lam (alif dan lam) itu menunjukkan erti masa / waktu, maksudnya ialah zaman yang akan datang dan sesuatu yang berhubung dengan masa-masa yang telah lampau dan masa2 akan datang.
Diriwayatkan bahawa ayat tersebut diturunkan sesudah waktu asar pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji wada’ (haji penghabisan), sedang Nabi SAW pada waktu itu berada di Arafah dan di atas unta. Sesudah itu tidak ada ayat yang turun sehubungan dengan fardhu atau kewajiban.
Ketikat ayat tersebut turun, Nabi SAW tidak kuat menerimanya , mengingat isi makna yang terkandung dalam ayat itu, maka beliau bersandar pada untanya lalu untanya kemudian duduk. Maka turunlah Malaikat Jibril dan berkata,” Hai Muhammad, sungguh pada hari ini telah sempurna urusan agamamu, terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah dan demikian juga apa yang dilarang oleh Nya. Maka kumpulkan sahabatmu dan beritahukan kepada mereka bahawa saya tidak akan turun lagi kepadamu sesudah hari ini.”
Nabi SAW terus kembali dari kota Makkah dan datang ke kota Madinah, kemudian mengumpulkan para sahabatnya dan membaca ayat tersebut serta memberitahukan kepada mereka apa-apa yang telah dikatakan oleh malaikat Jibril .Maka para sahabatnya sama gembira sambil mengatakan, “ Agama kita telah sempurna”. Kecuali Abu Bakar As Siddiq Ra yang merasakan susah lalu terus pulang menutup pintu serta menangis di siang hari maupun di malam hari. Hal itu didengar oleh para sahabat yang lain dan mereka berkumpul dan datang ke rumah Abu Bakar Ra dan bertanya, “ hai Abu Bakar, mengapa engkau menangis di saat riang gembira , kerana Allah Taala telah menyempurnakan agama kita ?”
Abu Bakar menjawab, “ Hai para temanku, kamu sekalian tidak tahu musibah yang menimpa kamu , tidakkah kamu sekalian mendengar , bahawa suatu perkara itu bila sempurna menjadi tampaklah kekurangannya, dan ayat ini juga menunjukkan perpisahan kita (dengan Nabi SAW), keadaan Hassan dan Husin menjadi yatim keduanya, para isteri Nabi SAW menjadi janda semuanya?”
Maka menjadilah jeritan2 / teriakan2 di antara para sahabat dan semuanya menangis. Selain mereka itu ada pula sahabat yang mendengar tangisan itu di kamar/rumah Abu Bakar dan mereka segera datang mengadap kepada Nabi SAW seraya berkata, “ Wahai Rasulullah, kami tidak tahu mengapa kami mendengar kawan-kawan sahabat sama menangis dan menjerit-jerit di kediaman Abu Bakar Ra. Maka berubahlah roman muka Nabi SAW serta merta berdiri dan cepat-cepat pergi kepada para sahabat di kediaman Abu Bakar dan beliau dapati mereka betul2 menangis . Kemudian beliau bertanya kepada mereka, “ apakah yang menyebabkan kamu sekalian menangis?”
Sahabat Ali Ra menjawab ,” Abu Bakar menyatakan ,saya telah mendapat petanda daripada ayat ini akan tanda kewafatan Rasulullah, apakah ayat ini akan menunjukkan akan kewafatan engkau”. Nabi bersabda, “ apa yang dikatakan oleh Abu Bakar itu benar, dan sungguh telah dekat waktuku meninggalkan kamu sekalian dan telah sampai pula waktu perpisahanku dengan kamu sekalian”.
Kejadian itu menunjukkan bahawa Abu Bakar Ra adalah di antara sahabat yang lebih tahu.
Ketika Abu Bakar mendengar yang demikian itu, dia menjerit dengan jeritan yang keras sekali serta tersungkur kerana pengsan. Sedang Ali Ra badannya gementar dan para sahabatpun sama kelam kabut sibuk merasa ketakutan semuanya dan semuanya menangis keras sekali, sehingga turut menangis pula gunung2, batu2 dan semua malaikat yang berada di langit, cacing2 dan semua binatang2 baik yang berada di darat mahupun di laut. Kemudian Nabi SAW menjabat tangan para sahabat satu persatu dan meninggalkan mereka sambil menangis dan berwasiat pula kepada mereka.
Sesudah turunnya ayat tersebut Nabi SAW mengalami hidup selama 81 hari.
Ada yang mengatakan bahawa beliau hidup selama 50 hari sesudah turunnya ayat :
Yg bermaksud :
“ Mereka meminta fatwa (Muhammad), katakan “ dan Allah memberi fatwa kepadamu dalam soal kalaalah (seorang yang sudah beranak dan tiada bapak)”
Ada yang mengatakan bahwa beliau masih hidup selama 35 hari sesudah turunnya ayat ini :
Yg bermaksud :
“ Sungguh telah datang kepadamu sekalian seorang utusan dari kamu sendiri”.
Ada pula yang mengatakan bahawa beliau masih hidup selama 21 hari sesudah turunnya ayat :
“Takutlah kamu sekalian pada hari di saat mana kamu dikembalikan kepada Allah”.
Dan ini adalah ayat Quran yang paling akhir diturunkan, kemudian Rasulullah SAW naik mimbar berkhutbah dengan bersungguh2, sehingga mata sama menangis hati menjadi cemas dan takut, gentar dan badan menggigil, sedang Rasulullah menyampaikan berita yg menggembirakan dan menakutkan.
Diriwayatkan dari Ibnu Abas Ra.” Bahawa Nabi SAW ketika sudah dekat ajalnya, beliau menyuruh Bilal Ra agar azan/ mengundang orang2 untuk mengerjakan solat. Maka berkumpullah pasa Muhajirin dan Ansar ke masjid Rasulullah Saw, kemudian beliau mengerjakan 2 rakaat solat sunat yang ringan , bersama2 dengan mereka, lalu beliau naik ke mimbar membaca Alhamdulillah, memuji kepada Allah dan berkhutbah /berpidato dengan kalimat2 yang tepat sehingga hati menjadi gentar dan matapun menangis dan beliau bersabda :
Ertinya:-
“Hai kaum muslimin , sesungguhnya saya bagi kamu sekalian itu sebagai nabi dan penasihat serta sebagai orang yang mengajak kepada jalan Allah dengan izin Nya, dan adalah saya bagimu itu seperti saudara kandung yang kasih sayang dan seperti ayah yang belas kasih. Barangsiapa yang mempunyai hak yang bisa dituntut hendaklah berdiri dan membalas kepada saya sebelum saya dituntut balas di hari kiamat”.
Tidak seorangpun yang berdiri, sehingga beliau bersabda kedua kali dan ketiga kali.
Maka berdirilah seorang lelaki bernama ‘Ukasyah bin Muhshan, di hadapan Nabi SAW dia berkata,” demi ayahku dan ibuku Ya Rasulullah, seandainya engkau tidak mengumumkan kepada kita berkali2 tentu saya tidak mengemukakan hal itu. Sungguh saya pernah bersama engkau di dalam perang Badar al Kubra, sedang unta saya mengikuti unta milik engkau, maka saya turun dari unta dan saya mendekati engkau , tiba2 engkau telah mengangkat tongkat dan engkau pukulkan unta agar berjalan cepat dan engkau pukul juga tulang rusuk saya, maka saya tidak tahu apakah Rasulullah bersengaja, ataukah hendak memukul unta engkau sendiri.”

Rasulullah bersabda, “hai Ukaasyah, Rasulullah dijauhkan bersengaja memukul engkau.”
Selanjutnya Rasulullah bersabda kepada Bilal Ra. “ Hai Bilal, pergilah engkau ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkat saya”.
Bilal pun keluar dari masjid Rasulullah sambil meletakkan tangan di atas kepala dan berkata sendiri. “ Inilah Rasulullah yang menyediakan dirinya untuk dibalas (qisas).”
Setibanya Rasulullah di rumah Fatimah, dia mengetuk pintu.
Sahut Fatimah. “ Siapa di pintu?”
Kata Bilal , “ Saya Bilal, saya datang ke mari untuk mengambil tongkat Rasulullah”.
Kata Fatimah, “Hai Bilal, untuk apa ayah memerlukan tongkat”?
Kata Bilal, “ Hai Fatimah, sesungguhnya ayahmu Rasulullah telah menyediakan diri untuk diqisas (dibalas).”
Kata Fatimah : “ Hai Bilal, siapakah orangnya yang sampai hati hendak mengqisas Rasulullah?”
Kemudian Bilal mengambil tongkat dan terus ke masjid serta menyerahkan tongkat kepada Rasulullah dan Rasulullah menyerahkan tongkat itu kepada Ukasyah.
Melihat yang demikian itu maka Abu Bakar dan Umar berdiri seraya berkata “ Hai Ukasyah, kami berdua berada di hadapan kamu, maka qisaslah kami dan jangan kamu mengqisas Rasulullah”.
Rasulullah menegur keduanya , “ Hai Abu Bakar dan Umar duduklah engkau keduanya, sungguh Allah Taala telah mengetahui tempat kamu berdua”.
Maka Ali Ra berdiri seraya berkata, “ Hai Ukasyah, saya di dalam hidup ini selalu di samping Rasulullah, maka tidak sampai hati saya melihat engkau mengqisas Rasulullah. Dan inilah punggungku dan perutku, qisaslah dengan tanganmu dan pukullah saya dengan tanganmu”.
Sabda Rasulullah SAW “ Hai Ali, duduklah , sungguh Allah telah mengetahui tempatmu dan niatmu”.
Hassan dan Hussain berdiri seraya berkata keduanya “ Hai Ukasyah, tidaklah engkau tahu bahawa kami adalah cucu Rasulullah, maka engkau mengqisas kami sama sahaja seperti mengqisas Rasulullah”.
Kata Rasulullah Saw “ hai buah hatiku, duduklah kamu keduanya”. Kemudian Rasulullah bersabda kepada Ukasyah “ Pukullah jika engkau hendak memukul”.
Kata Ukasyah, “ Wahai Rasulullah, engkau telah memukul saya sedang saya tiada berbaju”. Maka Rasulullah membuka pakaiannya/bajunya, sehingga para muslimin sama menjerit sambil menangis.
Tatkala Ukasyah melihat badan Rasulullah yang putih itu, maka dia memegang dan mencium seraya berkata , “ Saya tebus engkau dengan jiwaku , hai Rasulullah, siapakah orang yang sampai hati mengqisas engkau? Sungguh saya melakukan yang demikian itu dengan harapan agar badan saya bersentuhan dengan badan engkau yang dimuliakan dan tuhanku Allah Taala menjaga saya dari neraka dengan sebab kehormatanmu”.
Nabi SAW bersabda , “ Ketahuilah, barangsiapa yang hendak melihat ahli syurga hendaklah dia melihat orang ini”.
Maka berdirilah kaum muslimin dan mencium di antara kedua matanya Ukasyah sambil berkata, “Keuntungan besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan berteman dengan Rasulullah di dalam syurga”.
“ Ya Allah, mudahkanlah bagi kami sekalian untuk memperoleh syafaatnya (Nabi Muhammad SAW) dengan kemuliaan dan keagungan Engkau”.
- Al Mau’izdatil Hassanati
Kata Ibnu Mas’ud : Tatkala Rasulullah SAW telah mendekati ajalnya, beliau mengumpul kami sekalian di kediaman ibu kita Siti Aisyah Ra, kemudian beliau memperhatikan kami sekalian sehingga berderailah air matanya dan bersabda: “ Selamat datang bagi kamu sekalian dan mudah- mudahan kamu sekalian mendapat belas kasihan dari Allah Tabarakawa Taala, saya berwasiat agar kamu sekalian bertakwa kepada Allah serta mentaati Nya. Sesungguhnya telah dekat hari perpisahan kita dan telah dekat pula saat hamba yang dikembalikan pulang kepada Allah Taala dan menempati syurgaNya. Sekiranya telah datang saat ajalku, hendaklah Ali Ra yang memandikan, Fadhal Bin Abas yang menuangkan air dan Usamah bin Zaid yang menolong keduanya.
Kemudian kafanilah aku dengan pakaianku sendiri bila kamu sekalian menghendaki atau dengan kain Yaman yang putih. Kalau kamu sekalian memandikan aku, maka letakkan aku di atas balai tempat tidurku dirumahku ini, dekat dengan liang lahat ku. Sesudah itu keluarlah kamu sekalian sebentar meninggalkan aku. Pertama –tama yang menshalati aku ialah Allah ‘Azza wajalla, kemudian malaikat Jibril, malaikat Israfil, lalu malaikat Mikail kemudian malaikat ‘Izrail (malaikat maut) beserta para pembantunya, selanjutnya kesemua para malaikat. Sesudah itu masuklah kamu sekalian dalam kumpulan-kumpulan dan lakukan shalat untukku”.

Setelah mereka mendengar ucapan perpisahan Nabi Saw, maka para sahabat bersedih dan menangis seraya berkata, “Wahai Rasulullah, engkau adalah seorang utusan untuk kami sekalian, menjadi kekuatan dalam pertemuan kami dan menjadi Penguasa/Ketua yang mengurus perkara kami. Bilamana engkau telah pergi, kepada siapakah kami kembali dalam segala persoalan?”
Rasulullah bersabda: “ Telah kutinggalkan kamu sekalian pada jalan yang benardan di atas jalan yang terang dan telah kutinggalkan pula untuk kamu sekalian 2 penasihat iaitu satu yang pandai berbicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai berbicara ialah Alquran dan yang diam itu ialah ajal. Apabila ada persoalan yang sulit bagimu, maka kembalilah kamu sekalian kepada Alquran dan Assunnah. Dan kalau hati kamu keras membatu, maka lunakkanlah dia dengan mengambil Tamsil ibarat dari hal ehwal mati (mengingati akan maut/kematian).
Sesudah itu maka Rasulullah Saw menderita sakit mulai akhir bulan Safar selama 18 hari dan sudah sering dilawati oleh para sahabat dan orang ramai. Sedang penyakit yang diderita mulai pertama sehingga akhir hayatnya ialah di kepala.
Rasulullah diutus pada hari Isnin dan wafatnya pun pada hari Isnin.
Tatkala pada hari Isnin, peyakit beliau bertambah berat. Maka setelah Bilal selesai mengumandangkan azan subuh, dia pergi menghampiri pintu rumah Rasulullah Saw sambil mengucapkan salam: “Assalamualaika ya Rasulullah”.
Siti Fatimah menjawab: “ Rasulullah masih sedang sibuk dengan dirinya sendiri. Maka Bilal terus kembali masuk ke masjid dan dia tidak memahami kata-kata Fatimah. Ketika itu subuh semakin terang, Bilal datang lagi menghampiri pintu rumah Rasulullah Saw dan bersalam seperti tadi, dan Rasulullah mendengar suara Bilal itu dan beliau bersabda “ masuklah hai Bilal, sesungguhnya aku masih sedang sibuk terhadap diriku sendiri dan penyakitku rasanya bertambah berat, maka suruhlah Abu Bakar agar supaya solat jemaah dengan orang-orang yang hadir”.

Bilal pun keluar sambil menangis dan meletakkan tangannya di atas kepala, sambil mengeluh: “aduh musibah, susah, putus harapan, telah habis hilang tempat tujuan, andai kata ibuku tidak melahirkan aku”. Bilal terus masuk ke masjid dan berkata “hai sahabat Abu Bakar, sesungguhnya Rasulullah menyuruh engkau agar supaya solat bersama-sama orang yang hadir, kerana beliau sibuk mengurus dirinya yang sedang sakit”.
Ketika Abu Bakar melihat mihrab/tempat shalat imam kosong dan Nabi Saw tidak hadir, maka tidak tertahan dirinya lalu menjerit keras sekali dan jatuh pengsan. Maka keadaan menjadi kelam kabut oleh para kaum muslimin yang ada pada waktu itu, sehingga Rasulullah Saw mendengar keributan mereka dan bertanya : “ Hai Fatimah, mengapa pagi ini dan mengapa terjadi keadaan kelam kabut seperti di sana ?” . Maka Siti Fatimah menjawab: “ Keadaan kelam kabut di sana ialah kerana kaum Muslimin sendiri, kerana ayahanda tidak hadir”.
Maka Rasulullah memanggil Ali Ra dan Fadhal b Abbas lalu beliau bersandar pada keduanya dan keluar ke masjid lalu bershalat bersama-sama dengan mereka 2 rakaat fajar di hari Isnin itu. Selesai shalat beliau berpaling ke belakang kepada orang-orang kaum Muslimin dan bersabda : “ Hai kaum Muslimin, kamu semua berada di dalam pemeliharaan dan pertolongan Allah Taala. Oleh sebab itu bertakwalah kamu kepada Allah serta mentaati Nya, maka sesungguhnya saya akan meninggalkan dunia ini dan hari ini hari pertamaku di akhirat dan hari terakhir bagiku di dunia”. Lalu Rasulullah berdiri lalu pulang ke rumahnya.
Kemudian Allah Taala memberi wahyu/perintah kepada Malaikat Izrail (Maut) , “Turunlah engkau kepada kekasih Ku dengan sebaik-baik bentuk dan lakukan dengan halus dalam mencabut ruhnya, kalau dia mengizin kamu masuk maka masuklah dan kalau tidak diizinkan maka jangan masuk dan kembalilah”.
Maka Malaikat Izrail pun turun dengan bentuk seperti orang badwi desa, seraya mengucapkan : “Assalamualaikum yaa ahla baitin nubuwwati wa ma’danir risaalati a adkhulu ?” (maksudnya- Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu sekalian, wahai penghuni rumah kenabian dan sumber risalah, apakah saya boleh masuk?).
Siti Fatimah menjawab “Hai hamba Allah, sesungguhnya Rasulullah sedang sibuk dengan derita kesakitannya.”
Dan kemudian Malaikat Izrail memberi salam dan memanggil sekali lagi dengan ucapannya seperti yang mula2 tadi. Maka Rasulullah mendengar suara Malaikat Izrail dan bersabda “Hai Fatimah, siapakah yang berada di pintu?”.
Siti Fatimah menjawab “seorang arab badwi yang memanggil dan telah aku katakan bahwa Rasulullah sedang sakit, kemudian memanggil kali yang ketiga seperti itu juga dan dia memandang dengan tajam kepadaku sehingga menggigil gementar badanku, terasa takut hatiku dan bergeraklah sendi-sendi tulangku seakan-akan hampir berpisah antara satu sama lain dan menjadi pucatlah wajahku.”
Maka Rasulullah bersabda “Tahukah engkau wahai Fatimah, siapakah dia?”
Siti Fatimah menjawab “Tidak”
Rasulullah Saw bersabda “ Dia adalah Malaikat yang mencabut semua kelazatan, yang memutus segala macam nafsu syahwat, yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta yang meramaikan kawasan kubur”.
Maka menangislah Siti Fatimah Ra dengan tangisan yang keras sekali sambil berkata “Aduhai celaka nantinya, sebab sebab matinya Nabi dan sungguh merupakan bencana besar dengan wafatnya orang paling bertakwa, terputusnya dari kepimpinan para orang-orang yang suci, serta penyesalan bagi kami sekalian kerana putusnya wahyu dari langit, maka sesungguhnya saya telah terhalang daripada mendengar perkataan dari engkau dan tidak lagi akan mendengar salam dari engkau sesudah hari ini”.
Kata Rasulullah Saw “ Janganlah engkau menangis Fatimah kerana sesungguhnya engkaulah dari antara keluargaku yang pertama berjumpa dengan aku”.
Selanjutnya Rasulullah Saw bersabda : “ Masuklah engkau hai Malaikat Izrail.”
Maka Malaikat pun masuk sambil mengucapkan : “Assalamualaika yaa Rasullallah”.

Rasullullah Saw menjawab : “Waalaikassalam hai Izrail, engkau datang untuk berkunjung atau untuk mencabut nyawa?”
Kata Malaikat Izrail: “Saya datang untuk berkunjung dan untuk mencabut nyawa, sekiranya engkau mengizinkan. Kalau tidak, saya akan kembali”.
Kata Rasulullah: “ hai Izrail, di mana Jibrail engkau tinggalkan?”
Kata Izrail :“ Dia saya tinggalkan di langit dunia, dan para malaikat sedang menghormati dan memuliakan dia”. Tidak selang sesaat Malaikat Jibrail As pun turun dan duduk di arah kepala Rasulullah Saw.
Kata Rasulullah Saw: “ Tahukah engkau ajalku telah dekat?”
Jawab Jibrail As : “Yaa, tahu”
Kata Rasulullah: “ beritahulah kepadaku kemuliaan yang menggembirakan di sisi Allah”
Kata Jibrail: “ Sungguh pintu langit telah terbuka, para malaikat berbaris rapi menanti ruh engkau di langit, pintu-pintu syurga telah dibuka dan para bidadari sudah lama berhias menanti kehadiran ruh engkau”.
Kata Nabi Saw : “Alhamdulillah”, dan berkata pula: “ hai Jibrail, berilah berita gembira tentang umatku di hari kiamat”.
Kata Jibrail : “Bahawa sesungguhnya Allah Taala berfirman : “Sungguh Aku telah larang semua para Nabi masuk ke dalam syurga, sehingga engkau masuk terlebih dahulu, dan Aku larang memasukinya semua umat sehingga umat engkau masuk lebih dahulu”.
Kata Nabi Saw : “ Sekarang telah puas hatiku dan hilanglah rasa susah ku”.

Kemudian beliau Nabi Saw berkata pula, “hai Izrail, dekatlah kepadaku”.
Malaikat Izrail mendekati Rasulullah dan mulai melaksanakan tugas untuk mencabut ruh baginda. Ketika ruh baginda sampai ke pusat (perut), maka Nabi Saw berkata : “hai Jibrail, alangkah dahsyatnya rasa mati itu”. Maka Jibrail As memalingkan wajahnya dari Nabi Saw.
Kata Nabi Saw : “hai Jibrail, adakah engkau tidak suka melihat wajahku ?”
Jawab Jibrail As : “Wahai kekasih Allah, siapakah orangnya yang sampai hati melihat wajah engkau , sedangkan engkau dalam sakaratul maut ?”
Dari Anas bin Malik Ra berkata:
Maksudnya –
Ketika ruh Nabi Muhammad Saw sampai ke dada, baginda bersabda : “Aku wasiatkan agar kamu sekalian menjaga solat dan apa-apa yang menjadi tanggunganmu”. Maka masih saja baginda berwasiat dengan keduanya itu sampai putuslah perkataannya.
Kata Ali Ra : maksudnya –
Sesungguhnya Rasulullah Saw ketika menjelang akhir hayatnya telah menggerakkan 2 bibirnya 2 kali, dan ketika saya mendekatkan telinga saya padanya, saya mendengar baginda mengucapkan dengan perlahan : “umatku, umatku”.
Maka ruh baginda Saw dicabut tepat pada hari Isnin di bulan Rabiul Awal. Seandainya dunia ini kekal bagi seseorang, nescaya Rasulullah di dunia akan kekal abadi.
Diriwayatkan bahawa Ali Ra telah membaringkan jenazah Rasulullah Saw untuk dimandikan, tiba-tiba ada satu suara dari sudut rumah menyatakan dengan keras sekali : “ Muhammad jangan engkau mandikan, kerana dia sudah suci lagi disucikan”. Maka timbul keraguan pada diri Saidina Ali Ra terhadap suara itu.
Kata Ali : “ Siapa engkau sebenarnya, kerana sesungguhnya Rasulullah telah memerintahkan aku untuk memandikan jenazahnya.”
Tiba-tiba suara lain pula mengatakan : “wahai Ali , mandikanlah dia (Rasulullah Saw), kerana sesungguhnya suara yang pertama tadi adalah suara Iblis terkutuk, sebab kedengkiannya terhadap Muhammad, maka dia bermaksud agar beliau dimasukkan ke dalam kubur/makam tanpa dimandikan.”
Kata Ali Ra : “Semoga Allah membalas kebaikan kepadamu, sebab engkau telah memberitahu bahawa suara itu suara iblis terkutuk, maka siapakah engkau ?”
Suara itu menjawab : “Saya ialah Nabi Khidhir, menghadiri jenazah Nabi Muhammad Saw.”
Selanjutnya Ali Ra memandikan jasad Nabi Saw, sedang Fadhal bin Abbas dan Usamah bin Zaid Ra yang menuangkan air, dan Malaikat Jibrail telah datang dengan membawa ubat penahan kehancuran jasad dari syurga. Kemudian mereka mengkafani baginda dan menguburkannya di kamar/bilik Siti Aisyah Ra di tengah malam, malam Rabu, ada yang menyatakan malam Selasa, sedang Siti Aisyah Ra berdiri di atas makam Baginda Saw sambil berkata :
Hai orang yang belum pernah mengenakan pakaian dari sutera dan belum pernah tidur di atas ranjang yang empuk, hai orang yang keluar dari dunia sedang perutnya belum pernah kenyang meskipun dengan roti dari gandum yang kasar, hai orang yang memilih tidur di atas tikar daripada ranjang, hai orang yang tidak tidur sepanjang malam kerana takut siksa neraka Sa’iir.
Wallahualam……..

No comments:
Post a Comment