pernahkan anda semua mendengar masyarakat kita berkata " buat baik berpada-pada lah..nanti ape kamu dapat kalu kamu tolong dia? sedangkan dia mempergunakan kamu."
apa jawapan anda pada kata-kata sebergini?
dan pada saya, jawapan yang saya suka gunakan dan menjadi pegangan hidup saya adalah:
Jangan di kenang kejahatan manusia kepada kita,
Jangan di kenang kebaikan kita kepada manusia,
tapi...Kenanglah kebaikan Manusia kepada kita,
kenanglah kejahatan kita kepada Manusia....
bagi saya, tidak mengapa orang mengatakan saya bodoh atas sebab saya membantu insan-insan yang memerlukan pertolongan saya walaupun pertolongan itu tidak di balas dan tidak dihargai.. cukuplah Allah menghargai perbuatan baik saya...Allah telah mempertemukan kita dengan seseorang kerana bersebab..jangan merasa rugi membantu orang yang memerlukan pertolongan anda walaupun selepas itu anda di tinggalkan atau kehadiran anda tidak diperlukan lagi..ketahuilah anda, bahawa anda telah di beri tugas oleh Allah untuk membantu insan itu.. dan apabila beliau meninggalkan anda maka berakhirlah tugasan Allah untuk anda terhadapnya..Anda harus sedar semua itu. dan anda jangan bersedih hati kerana di tinggalkan, jangan bersedih hati kerana kehadiran anda tidak di hargai lagi.. sesungguhnya Allah menghargai kita semua dan kerana itulah kita diberikan tugasan ini...seperti kisah nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SAW dengan seorang pengemis buta..adakah anda mengetahui kisah ini? jika tidak anda boleh membaca kisah ini di ruangan post sy yg berikutnya.. di sini apa yang saya kagumi, baginda masih menyuap makanan kepada pengemis buta itu walaupun pengemis itu mengutuk dan mencerca baginda..cuba anda lihat, Rasulullah sendiri tidak mengamalkan istilah berbuat baik berpada-pada. namun baginda mengamalkan istilah "berbuat baiklah anda sentiasa.nescaya syurga disediakan bagimu"..
dan ketahuilah anda sekiranya anda membantu dengan ikhlas dan kerana Allah pasti besar ganjaran untuk anda.. Bersyukurlah anda kerana Allah Kasih kan anda, Dia telah mengurniakan anda tugas dan seterusnya menyediakan belasan yang besar untuk anda.. Betapa pemurahnya Allah SWT itu.. bertuahnya kita.. Alhamdulillah..
sebagai Bukti kata-kata saya ini, cuba anda renungkan Junjungan kita Nabi Muhammad SAW..renungan kisah kehadiran nya ini..kisah ini membuatkan air mata saya mengalir semahu-mahunya atas keperibadian Rasulullah bagaimana Baginda menjalankan tugasnya dan membantu umatnya sehingga pemergiannya dengan Ikhlas,sabar dan kerana Allah...dan baginda tidak pula pernah merungut kepada Allah atas tugas yang Allah berikan kepadanya..walaupun Baginda di cerca, di baling dengan batu sehingga berdarah kepalanya dan pelbagai penghinaan yang diterima namun beliau tidak pernah bersedih.. betapa besarnya pengorbanan kekasih Allah ini..
sedangkan kita diberi tugas yang sangat kecil oleh Allah untuk membantu manusia lain,tetap rungutan nya sangat besar..tidak berasa malukah kita?? sedangkan Allah mengurniakan kita bermacam-macam permintaan dan pertolongan di saat kita memerlukan tetapi kita merungut atas ape yang Allah suruh kita kerjakan.. fikir-fikrkanlah,..syaitan akan cuba menyesatkan kita walau sekecil zarah pun pasti die akan lakukan.!!
No comments:
Post a Comment