Friday, 15 April 2011

Kasih Yang Abadi..

Bismillaah...
Ku coretkan kisah ini adalah untuk menjadi iktibar semua...

Mencintai antara manusia adalah lumrah di dalam kehidupan manusia..terutamanya di zaman akhir Umat Nabi Muhammad SAW.. tidak dinafikan, perasaan kasih dan cinta itu merupakan satu kurniaan besar dari Ilahi yang amat tinggi nilainya..yang tersangat istimewa..namun harus kita sedari tujuan Allah mengurniakan kan perasaan cinta itu, dan kita sebagai hamba Nya harus mengerti kemana kita harus salurkan perasaan cinta itu. yang jelas dan pasti, perasaan cinta itu adalah sebenarnya hanya untuk Allah SWT..ya! hanya untuk Nya dan di tambah lagi kepada Rasulullah SAW dan Kepada Ibubapa kita. sekiranya anda telah berkahwin tentunya untuk suami / isteri anda..Bukan kepada "boyfren anda", bukan kepada "admire" anda & bukan juga kepada mereka yang tidak halal bagi anda.

Namun, pada hari ini, semakin hari semakin ramai Umat Rasulullah semakin alpa dengan duniawi..sedarkan anda semua bahawa dunia ini semakin hampir kepada penghujungnya? sedarkan anda dunia ini semakin hari semakin tua? & sedarkan anda bahawa dunia ini semakin tidak mampu menanggung segala benda hasil perbuatan manusia lagi? Wahai saudara seagamaku, rakan-rakan seagamaku, sedarlah...dan berhentilah dari terus-terus membinasakan dunia ini..tidak kah anda takut andai nya kita pergi menghadap Ilahi tanpa sebarang bekalan dan amalan? tidak kah anda takut sekiranya pintu taubat sudah tertutup tanpa sempat meminta keampunan sama ada secara maut datang menjemput dan juga ketika matahari terbit dari barat? ketahuilah wahai saudaraku..ketika itu segala penyesal tidak berguna lagi...segala nya sudah Terlambat!!

berbalik kepada tajuk yang saya cuba ketengahkan, sebagai umat islam di akhir zaman ini, kita seharusnya sedar bahawa apa yang berlaku pada masyarakat kita sekarang adalah satu perbuatan yang amat di tegah oleh Agama kita..Mungkin bagi kita bercinta tanpa ikatan yang sah pada masa kini adalah tren semasa dan tidak salah. Tapi  ia adalah sebaliknya, ia mampu mendatangkan dosa besar kepada kita, anda lihatlah sekarang manusia bercinta berpimpin2 tangan, berpelukan dan yang paling teruk melakukan perbuatan terkutuk. inilah yang amat menyedihkan.. tidak salah untuk anda semua bercinta, namun biarlah dengan cara yang di anjurkan oleh islam.. seperti yang kita ketahui islam menganjurkan kita untuk membina ikatan yang sah dengan bertunang dan bernikah.bertunang itu pun masih lagi bukan lampu hijau untuk anda bebas melakukan apa sahaja sebaliknya ia adalah tempoh untuk anda mengenali pasangan anda, latar belakangnya dan serba sedikit tentang dirinya. dan bernikah lah anda untuk ke peringkat yg seterusnya..

bagi yang masih bujang, jangan lah anda risau jika jodoh anda tidak sampai lagi..bersabarlah..jgn menjatuhkan maruah anda sebegini.. bercinta lah kita dengan Allah..sesungguhnya cinta Allah adalah cinta yang abadi.cinta yang berkekalan sehingga ke syurga..jgn murahkan diri anda yang Allah jadikan anda sebagai manusia yang tinggi darjatnya dan tidak ternilai..terutamanya anda wanita seperti saya juga..seperti kata seorang yang saya kagumi : 
“Wanita ibarat epal. Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah, tetapi,epal yang tidak mampu dimiliki berada di puncak!! Susah dipetik, susah digapai, tapi, kadang2 epal tu risau, kenapa la diriku belum dipetik lagi?? Lantas dia merendahkan martabatnya lalu menggugurkan dirinya ke tanah, sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH tinggikan martabatnya sehingga tiada siapa yang berani memetiknya.Hanya pemuda yang benar-benar beriman saja yang mampu memilikinya. Mungkin bukan di dunia, tapi, di akhirat. Biarlah jodoh bukan di dunia. Asalkan cinta ILLAHI mengiringi.”
semoga ianya menjadi iktibar kepada kita semua..dan fikir-fikirkanlah tanda kiamat bukan sahaja tanda kecil yang sudah kelihatan, namun tanda-tanda besarnya juga telah mula berlaku satu per satu..sedarlah wahai saudaraku..dan ingat lah pesan Rasulullah SAW yang amat saya kasihi sebelum pemergian baginda:
 Telah kutinggalkan kamu sekalian pada jalan yang benar dan di atas jalan yang terang dan telah kutinggalkan pula untuk kamu sekalian 2 penasihat iaitu satu yang pandai berbicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai berbicara ialah Alquran dan yang diam itu ialah ajal. Apabila ada persoalan yang sulit bagimu, maka kembalilah kamu sekalian kepada Alquran dan Assunnah. Dan kalau hati kamu keras membatu, maka lunakkanlah dia dengan mengambil Tamsil ibarat dari hal ehwal mati (mengingati akan maut/kematian).
Berbalik lah kepada Allah wahai saudaraku.. renungkan lah pesanan Rasulullah SAW ini sebagai panduan hidup supaya kita menyesali perbuatan kita..sesungguhnya kita masih mempunyai kesempatan memohon keampunan Nya.. dan Yang paling penting rebutlah cinta Nya yang Abadi..Bukan cinta manusia yang sementara sahaja..

Ya Allah..
Hadirkan yang halal bagiku..
Hadirkan yang ditulis di dalam Loh Mahfuz untuk ku..
Hadirkan yang mencintai ku tidak lebih dari cintanya kepada Mu.
Namun..yang paling aku perlukan, cintaMu yang Abadi itu.. tiada yang lebih penting selain Mu wahai Tuhan ku..

wassalam...

No comments:

Post a Comment