Sunday, 17 April 2011

Jagalah pertuturan, sebelum ia membinasakan mu..

Bismillaah...


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..




Firman Allah S.W.T :
“Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya, melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang selalu hadir (malaikat Raqib dan Atid yang mencatat amalan.” (Surah Qaf 50:18)




"Pertuturan adalah lebih tajam dari sebilah pisau.."pernah kah anda mendangar perumpamaan ini? Wahai teman, wahai saudara ku...jagalah pertuturan anda sebelum ia membinasakan diri anda.. pertuturan adalah perkara yang paling memudah mendatangkan pahala dan tidak kurang juga mendatangkan dosa kepada kita.. sebagai peringatan untuk teman-teman dan juga untuk diri ku sendiri.. harus di ingat, sebelum kita mengeluarkan sebarang perkataan, kita perlu berfikir mungkinkah perkataan itu sesuai? adakah perkataan itu tidak menyakiti hati orang lain? dan adakah perkataan itu mendatangkan mudarat pada diri kita atau pada orang sekeliling kita terutamanya pada orang yang begitu dekat dengan kita..


pertuturan amat penting untuk dijaga kerana setiap tutur kata tidak dapat di tarik balik..dan mungkin akan membuat sesiapa yang mendengar berasa kecil hati, berasa rendah diri dan sebagainya. lebih malang lagi ia akan menwujudkan perbalahan dan juga mungkin akan memutuskan silaturahim antara sesama kawan, saudara dan sebagainya..Bukan itu sahaja, kerana tutur kata yang tidak enak ini juga mampu menghancurkan sebuah rumah tangga..dan ingatlah, jangan merasa senang untuk mengeluarkan sebarang "statment" walaupun kita bertujuan untuk bergurau..kerana ia mungkin menjadi isu sensetif kepada seseorang atau menyentuh perasaan seseorang..  cuba anda bayangkan jika perkara ini terjadi kepada kita..tentu kita merasa sedih..


dan segera lah memohon kemaafan serta bertaubatlah jika kita telah menyakiti hati seseorang dengan kata-kata tajam. tetapi ingatlah bahawa sebenarnya kata-kata maaf itupun tidak mampu memadam bekas-bekas luka di dalam hati seseorang yang telah mendengar kata-kata yang menyakitkan hati. 


Janganlah pula jika seseorang menyakitkan hati kita dengan kata-kata yang tajam lantas kita membalasnya.. tersenyumlah sahaja walau apa pun yang dihemburkan kepada kita..kawal lah perasaan kita dari membalasnya kerana jika kita membalasnya maka kita adalah lebih teruk dari mereka.. Maafkan lah mereka yang menyakitkan ati anda..jangan lah kalian menyimpan dendam kerana dendam itu merosakan hati manusia dan merobekkan iman kita yang kadang kala senipis kulit bawang,.. anggap lah kata-kata yang menyakitkan itu umpama radio buruk yang kadang-kadang sahaja mengeluarkan bunyi..


Malahan juga segelintir masyarakat kita apabila berkumpul pasti akan bercerita, mengumpat dan mengata. ini juga adalah contoh pertuturan yang di benci oleh Allah kerana ia adalah pertuturan yang sia-sia dan juga boleh mengaibkan insan lain..


di sini disertakan juga beberapa adap bertutur yang di anjurkan di dalam islam: 




1. Bercakap benar
Surah al-Tawbah ayat 119 :
 “Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan jadilah kalian bersama orang yang benar.”

2. Perkataan yang baik
Rasulullah S.A.W bersabda :
“ Jagalah diri daripada api neraka walau dengan sebelah kurma. Sesiapa yang tidak mendapatkannya maka lakukan dengan ucapan yang baik.” (Riwayat al-Bukhari)

Firman Allah S.W.T :
      “Dan ucaplah kata-kata yang baik kepada manusia.” (Baqarah 2 : 83)

3. Kurangkan bercakap
Sabda Rasulullah S.A.W :
“Dan sesungguhnya orang yang paling aku benci daripada kalangan kalian dan paling jauh daripadaku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bicara.” (Riwayat al-Tirmizi)

4. Jelas dan terang
Supaya hasrat dan maklumat yang disampaikan itu difahami oleh orang yang mendengarnya. Berbicaralah dengan perlahan-perlahan dan tidak tergesa-gesa dengan penuh keyakinan. Berikan tumpuan atau fokus semasa bercakap dengan memandang wajah orang yang mendengar.

Seelok-eloknya kita amalkan adab-adab ini..Sama-samalah kita berusaha memperbaiki diri kita supaya kita di senangi  semua orang dan Yang paling penting untuk mencari keredhaan dari Allah SWT..dan juga untuk menunjukan betapa murninya Agama Islam kepada mereka yang bukan islam supaya mereka tidak melebelkan agama kita sebagai yang bukan-bukan.

*** ingatlah wahai teman-teman, kata yang tidak enak itu adalah kata-kata hasil bisikan syaitan..syaitan itu akan berusaha menyesatkan kita walaupun sebesar zarah..dan pastinya syaitan itu bergelak ketawa di saat kita menyakiti hati insan lain..Wallahualam...***





No comments:

Post a Comment