Saturday, 23 April 2011

Nasihat untukmu Wahai Wanita….


Kepada setiap muslimah yang rela Allah swt sebagai Rabbnya, Islam sebagai agamanya dan Muhammad sebagai Rasulnya.
Kepada setiap pendidik yang berjihad di jalan Allah dengan untaian kalimahnya, menjaga norma-normanya dan menyucikan jiwanya.
Kepada wanita yang bimbang dan bersedih, berbahagialah dengan dekatnya kemudahan, datangnya pertolongan Allah swt serta janji pahala yang besar dan terhapus segala dosa.
Tidak ada kecantikan bagi seorang wanita, tiada pula keindahan, harga diri dan kedudukan kecuali beriman kepada Allah swt. Apabila dirinya tegak di atas jalan ini, maka dia lah wanita yang mendapat petunjuk, diterima amalnya dan menjadi wanita pilihan disisi Rabb-Nya.
Namun, jika dia melepaskan jalan kebenaran tersebut, kafir terhadap Tuhannya, mengingkari agamanya dan melepaskan tuntutan-Nya, maka dia lah cermin kepada wanita yang murahan, hina dan terbuang.
Pada saat itulah sinar kecantikan seorang wanita mula menghilang, walau berkalung gugusan bintang di langit, meskipun bermahkota bintang gemini dan matahari terbit di keningnya.
Wahai wanita muslimah yang jujur, wahai wanita mu'minah yang selalu kembali kepada Allah.
Jadikanlah dirimu itu seperti sepohon kurma. Jauh dari keburukan, menjulang tinggi menghindar dari sifat mengangau. Dilempar dengan batu dia menjatuhkan buahnya, tetap hijau pada musim panas mahupun dingin dan memberikan manfaat kepada sekalian manusia.
Jadilah engkau orang yang menjauhi perkara-perkara yang rendah, keperibadianmu terjaga dari segala pola hidup yang menipu rasa malu. Ucapanmu adalah zikir, pandanganmu melahirkan ibrah (pengajaran), diammu adalah berfikir.
Saat itulah engkau mendapatkan ketenangan dan akan diterima oleh penduduk bumi. Tercurah segala pujian yang baik-baik, doa yang jujur dari semua makhluk, dan Allah swt akan menjauhkanmu dari awan kesempitan, bayang-bayang ketakutan, dan gumpalan kekeruhan.
Tidurlah berbantalkan curahan doa orang-orang mu’min.lalu bangunlah untuk meraih pujian yang ditujukan kepadamu. Saat itulah engkau mula menyedari bahawa kebahagiaan bukan terdapat pada simpanan harta, kad kredit dan kereta, rumah yang bagaikan istana, mahupun pada kasih nya seorang manusia, namun pada ketaatan terhadap Zat Yang Maha Terpuji. Kedamaian hidup bukan pada hiasan keduniaan, bukan pula mengabdi kepada hamba, namun kepada kepatuhan terhadap Zat Yang Maha Mulia.

Pesanku, jadilah seorang wanita bermaruah yang mempunyai kedudukan tinggi di sisi Tuhannya. Di mana namanya sentiasa disebut-sebut dalam kalangan para malaikat, dan yang berjaya memperoleh cinta yang Teragung, iaitu cintanya Ya Rabb lantas menjadi wanita yang paling bahagia di dunia.

Friday, 22 April 2011

Nasihat untuk mu jiwaku…



Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan anda, supaya anda dapat menjadi penilai yang baik.

Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan anda, supaya anda sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang tidak memahami keadaan diri anda, supaya anda dapat kasih sayang yang terbaik, khas untuk diri anda.

Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang tidak sempurna, supaya anda sedar bahawa ALLAH Maha Pemurah dan penyayang, kerana mengingatkan anda bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk anda dan kehidupan anda pada masa hadapan.

Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang sangat lain perangainya dengan anda supaya anda dapat mengutip pengalaman yang tidak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang banyak rungutan itu dan ini, supaya anda  menjadi  seorang manusia yang hebat jiwanya.

Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang tidak penyayang, supaya anda lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya ada bersama Allah s.w.t.

Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang banyak sombong dan bangga diri, supaya anda lebih mengenali kehidupan yang tidak selamanya kekal.

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita semakin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tidak pasti samaada ia menjadi milik kita.

Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.

Percayalah,  sesungguhnya ALLAH s.w.t. akan mendengar segala permintaan hambaNya  yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNya.

Sabarlah sahabatku. Ceriakan hatimu. Kerana ALLAH itu sentiasa ada bersamamu, selagi mana anda taat padaNya.

kerana RM1....



Bismillaah..

“Katakanlah wahai Muhammad sesungguhnya Tuhan-Ku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya antara hamba-Nya dan Ia juga yang menyempitkan baginya, dan apa saja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dia sebaik-baik pemberi rezeki” (Saba’ – 39).

kisah ini benar-benar terjadi..& di harap kita semua mengambil iktibar..

Sofea ( bukan nama sebenar ) merupakan seorang pelajar tahun akhir di sebuah IPTA yang terletak di utara tanah air. Sofea ini seorang gadis yang biasa-biasa sahaja, sama seperti gadis-gadis lain. Dia berasal dari keluarga sedarhana. Biasalah kehidupan sebagai pelajar kadang kala duit blanja perlu jimat cermat dan kadang kala perlu mengikat perut.

Nk dijadikan cerita, pada minggu tersebut ayah & ibu si Sofea ini telah di jemput Allah untuk berangkat ke tanah suci bagi mengerjakan umrah.. jadi xseperti selalu lah dia perlu mengawal perbelanjaanya lebih berhati-hati kerana ibu bapanya tiada di Malaysia.dan pada suatu hari bila masa dia di dalam kelas sedang belajar, tiba-tiba salah sorang rakan di dalam kelas tersebut membuat pengumuman untuk minta derma bagi membantu 5 keluarga miskin di negeri itu. dan si Sofea ni rase amat-amat kesian pada keluarga-keluarga tersebut dan dia rasa dia patut membantu. Yang malang nya di dalam wallet si Lina ni ade RM1 jer sementara nk menunggu ahli keluarga nya memberi bantuan kewangan..dan dia merancang untuk beli nasi lemak bagi makan malam nya. tapi kerana dia merasa keluarga itu lebih memerlukan, dia bersedekah kepada keluarga-keluarga tersebut. terlintas di dalam hatinya "tidak apalah jika aku lapar malam ini, entah-entah keluarga ini dah berlapar lebih lama dari aku. biarlah RM1 ini mampu memberi mereka makan."

Dengan izin Allah pada keesokan harinya, Sofea di jemput oleh pensyarahnya ke rumah  kerana ada program usrah. Baginya ini adalah peluang untuk dia memperbaiki dirinya kerana sebelum ini dia adalah seorang hamba Allah yang hampir tersesat dan tiba-tiba Allah memanggilnya pulang ke pangkal jalan dengan memberi dia satu musibah kecil. dan dengan senang hati untuk mempelajari ilmu-ilmu Allah itu dia pergi ke rumah pensyarah tersebut. Kerana RM1 yang dia korbankan semalamnya, Pada hari dia ke rumah pensyarahnya Allah telah gandakan rezekinya 10 kali ganda. pada pagi harinya, Dia mendapat nasi lemak yang di idam pada hari semalamnya dengan kuantiti yang lebih banyak dan lebih sedap. tengah harinya dijamu dengan pelbagai makanan yang enak lebih enak dari nasi lemak yang die tidak perolehi semalam. dan pada waktu petang diberi bekal dan buah-buahan oleh pensyarahnya untuk di bawa pulang ke hostel. tidak cukup dengan itu, pada masa dia tiba di hostelnya dia peroleh lagi makanan hasil pemberian dari seorang kawannya. dan pada malam hari masih lagi peroleh rezeki dari Allah juga. MasyaAllah betapa hebatnya kuasa Allah. bertapa pemurahnya Allah kita itu..Alhamdulillah besarnya pembalasan Allah kepada orang-orang yang bersedekah dan orang-orang yang mengorbakan keperluan diri nya untuk insan yang lebih memerlukan..

sedar lah wahai kawan-kawan, itu baru sahaja balasan dari Allah di dunia, di akhirat nanti pasti lebih hebat ganjaran yang diperoleh dari Allah yang tidak pernah terjangkau dek akal kita. Bersedekah lah dengan hati yang ikhlas kerana Allah. pasti besarnya ganjaran untuk kita di dunia dan akhirat. bersedakah juga dapat menghilangkan perasaan riak dan takbur atas apa yang kita perolehi dan bersedekah adalah tanda bahawa kita bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan. namun harus di ingat! bersedekah bukan untuk mendapat balasan!! begitu juga kalau kita berlaku jahat dan melakukan perkara yang Allah murka, pasti hidup kita di dunia ini tidak lancar dan di timpa dengan 1001 masalah. di akhirat pula pasti pembalasan yang diterima adalah lebih menakutkan..MasyaAllah..

sama-samalah  kita mempertingkatkan amalan kita di dunia ini. dunia ini hanya persinggahan yang sebentar sahaja menuju kehidupan yang abadi..siapi lah diri kita supaya apabila menghadap Allah nanti kita merupakan golongan yang di kasihi Allah serta mendapat syafaat. dan takutlah kita sekiranya di akhirat nanti Allah tidak menoleh pada muka kita kerana kebakhilan kita,kesombongan kita dan kerana hasrat dengki kita.. semoga dijauhi dari sifat yang buruk itu..amin..

Wallahualam***

Wednesday, 20 April 2011

Dari empat perkara kepada empat perkara..


Bismillaah..

empat perkara yang kita semua perlu ketahui...

empat perkara yang menguatkan badan :

  1. memakan daging
  2. memakai haruman
  3. kerap mandi
  4. berpakaian dari kapas
empat perkara yang melemahkan badan

  1. banyak berkelamin ( bersetubuh )
  2. selalu cemas
  3. banyak minum air ketika makan
  4. banyak makan bahan masam
empat perkara yang menajamkan mata

  1. duduk menghadap kiblat
  2. bercelak sebelum tidur
  3. memandang yang hijau
  4. berpakaian bersih
empat perkara yang merosakkan mata

  1. memandang najis
  2. melihat orang di bunuh
  3. melihat kemaluan
  4. membelakangkan kiblat
empat perkara yang menajamkan fikiran

  1. tidak banyak berbual kosong
  2. rajin bersugi ( mengosok gigi )
  3. bercakap dengan orang yang soleh
  4. bergaul dengan para ulama
** tambahan - sabda Rasulullah SAW : terdapat tiga perkara yang barang siapa terdapat ( ketiga-tiga perkara itu ) padanya nescaya dia memperoleh kemanisan iman ( iaitu ) Allah dan rasulnya dia lebih cintai daripada selainnya, dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api neraka." ( hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

Sunday, 17 April 2011

Jagalah pertuturan, sebelum ia membinasakan mu..

Bismillaah...


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..




Firman Allah S.W.T :
“Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya, melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang selalu hadir (malaikat Raqib dan Atid yang mencatat amalan.” (Surah Qaf 50:18)




"Pertuturan adalah lebih tajam dari sebilah pisau.."pernah kah anda mendangar perumpamaan ini? Wahai teman, wahai saudara ku...jagalah pertuturan anda sebelum ia membinasakan diri anda.. pertuturan adalah perkara yang paling memudah mendatangkan pahala dan tidak kurang juga mendatangkan dosa kepada kita.. sebagai peringatan untuk teman-teman dan juga untuk diri ku sendiri.. harus di ingat, sebelum kita mengeluarkan sebarang perkataan, kita perlu berfikir mungkinkah perkataan itu sesuai? adakah perkataan itu tidak menyakiti hati orang lain? dan adakah perkataan itu mendatangkan mudarat pada diri kita atau pada orang sekeliling kita terutamanya pada orang yang begitu dekat dengan kita..


pertuturan amat penting untuk dijaga kerana setiap tutur kata tidak dapat di tarik balik..dan mungkin akan membuat sesiapa yang mendengar berasa kecil hati, berasa rendah diri dan sebagainya. lebih malang lagi ia akan menwujudkan perbalahan dan juga mungkin akan memutuskan silaturahim antara sesama kawan, saudara dan sebagainya..Bukan itu sahaja, kerana tutur kata yang tidak enak ini juga mampu menghancurkan sebuah rumah tangga..dan ingatlah, jangan merasa senang untuk mengeluarkan sebarang "statment" walaupun kita bertujuan untuk bergurau..kerana ia mungkin menjadi isu sensetif kepada seseorang atau menyentuh perasaan seseorang..  cuba anda bayangkan jika perkara ini terjadi kepada kita..tentu kita merasa sedih..


dan segera lah memohon kemaafan serta bertaubatlah jika kita telah menyakiti hati seseorang dengan kata-kata tajam. tetapi ingatlah bahawa sebenarnya kata-kata maaf itupun tidak mampu memadam bekas-bekas luka di dalam hati seseorang yang telah mendengar kata-kata yang menyakitkan hati. 


Janganlah pula jika seseorang menyakitkan hati kita dengan kata-kata yang tajam lantas kita membalasnya.. tersenyumlah sahaja walau apa pun yang dihemburkan kepada kita..kawal lah perasaan kita dari membalasnya kerana jika kita membalasnya maka kita adalah lebih teruk dari mereka.. Maafkan lah mereka yang menyakitkan ati anda..jangan lah kalian menyimpan dendam kerana dendam itu merosakan hati manusia dan merobekkan iman kita yang kadang kala senipis kulit bawang,.. anggap lah kata-kata yang menyakitkan itu umpama radio buruk yang kadang-kadang sahaja mengeluarkan bunyi..


Malahan juga segelintir masyarakat kita apabila berkumpul pasti akan bercerita, mengumpat dan mengata. ini juga adalah contoh pertuturan yang di benci oleh Allah kerana ia adalah pertuturan yang sia-sia dan juga boleh mengaibkan insan lain..


di sini disertakan juga beberapa adap bertutur yang di anjurkan di dalam islam: 




1. Bercakap benar
Surah al-Tawbah ayat 119 :
 “Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan jadilah kalian bersama orang yang benar.”

2. Perkataan yang baik
Rasulullah S.A.W bersabda :
“ Jagalah diri daripada api neraka walau dengan sebelah kurma. Sesiapa yang tidak mendapatkannya maka lakukan dengan ucapan yang baik.” (Riwayat al-Bukhari)

Firman Allah S.W.T :
      “Dan ucaplah kata-kata yang baik kepada manusia.” (Baqarah 2 : 83)

3. Kurangkan bercakap
Sabda Rasulullah S.A.W :
“Dan sesungguhnya orang yang paling aku benci daripada kalangan kalian dan paling jauh daripadaku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bicara.” (Riwayat al-Tirmizi)

4. Jelas dan terang
Supaya hasrat dan maklumat yang disampaikan itu difahami oleh orang yang mendengarnya. Berbicaralah dengan perlahan-perlahan dan tidak tergesa-gesa dengan penuh keyakinan. Berikan tumpuan atau fokus semasa bercakap dengan memandang wajah orang yang mendengar.

Seelok-eloknya kita amalkan adab-adab ini..Sama-samalah kita berusaha memperbaiki diri kita supaya kita di senangi  semua orang dan Yang paling penting untuk mencari keredhaan dari Allah SWT..dan juga untuk menunjukan betapa murninya Agama Islam kepada mereka yang bukan islam supaya mereka tidak melebelkan agama kita sebagai yang bukan-bukan.

*** ingatlah wahai teman-teman, kata yang tidak enak itu adalah kata-kata hasil bisikan syaitan..syaitan itu akan berusaha menyesatkan kita walaupun sebesar zarah..dan pastinya syaitan itu bergelak ketawa di saat kita menyakiti hati insan lain..Wallahualam...***





Saturday, 16 April 2011

petua mencapai doa yang mustajab..

berikut merupakan antara 9 petua dari Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa yang mustajab yang sempat saya sertakan :

1. Anas Bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Doa di antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.” [3]
2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Allah akan turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: Sesiapa yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan dariKu maka Aku akan mengampuninya. [4]
3. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda, “Tiga orang yang tidak ditolak doanya, iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.” [5]
4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat di antara hamba dan tuhanNya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.” [6]
5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah, kerana sesungguhnya binatang tersebut melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah dari godaan syaitan, kerana binatang tersebut melihat syaitan.” [7]
6. Ubadah Bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan,
laila.jpg
Kemudian mengatakan, fighrli.jpg atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwudhu (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.” [8]
7. Ata Bin Abi Rabah berkata “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda, sesiapa yang membaca surah Yassin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.” [9]
8. Hadith dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.” [10]
9. Hadith dari Abu Hurairah, “Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda, pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bilamana seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.” [11]
Wallahu’alam.

Bersabarlah menanti jodoh...

Bismillaah...
 
Wahai temanku..jangan lah engkau bersedih hati mengenai jodoh mu yang tidak kunjung tiba..bersabarlah menanti kerana Allah pasti menjanjikan yang terbaik untuk orang yang bersabar...

hayati kisah ini sebagai pedoman untuk kita semua...

"Oh.. ibu, usiaku sudah lanjut, na­mun belum datang seorang pemuda pun memi­nangku...? Apakah aku akan menjadi perawan seumur hidup?" Kira-kira begitulah keluhan seorang gadis Mekah yang berasal dari Bani Ma'zhum yang kaya raya. Ia bernama Rithah Al Hamqa.

Mendengar rintihan sianak, ibunya yang teramat kasih dan sayangkan anaknya lantas kelam kabut ke sana ke mari untuk mencari jodoh buat si puteri. Pelbagai ahli nujum dan dukun ditemuinya, ia tidak peduli berapa saja biaya yang harus dikeluarkan, yang penting anaknya yang tunggal itu dapat bertemu jodoh.

Namun sayang usaha siibu tidak juga menam­pakkan buahnya. Buktinya, janji-janji sang dukun cuma bualan kosong belaka. Sekian lama mereka menunggu jejaka datang melamar, sedangkan yang ditunggu tidak pernah nam­pak batang hidungnya. Melihat keadaan ini tentu saja gadis Bani Ma'zhum yang bernama Rithah AI-Hamqa men­jadi semakin bermuram durja, tidak ada kerja lain yang diperbuatnya setiap hari kecuali mengadap di depan cermin untuk memandang diri sambil terus bertanya-tanya, “Mengapa sampai hari ini tidak kunjung datang juga seseorang yang akan mengahwiniku?”

Penantian jodoh yang ditunggu-tunggu Rithah ak­hirnya berakhir, tatkala ibu saudaranya yang berasal dari luar daerah berkunjung ke rumah mereka dengan membawa jejaka tampan. Akhirnya Rithah yang telah lanjut usia pun menikah dengan jejaka yang muda rupawan. Kenapa si pemuda itu ber­sedia menikahi gadis Bani Ma'zhum yang telah tua itu..? Oh… ternyata ada udang di sebalik batu. Rupa-rupanya jejaka rupawan yang miskin itu hanya menginginkan keka­yaan Rithah yang melimpah ruah. Setelah sijejaka telah berha­sil menggunakan sebahagian harta Rithah ia pun pergi tanpa pesan & kesan.... Dan tinggallah kini Rithah seorang diri, menangisi kepergian suami.Kesedihan dan kemurungan­nya dilepaskan Rithah dengan membeli be­ratus-ratus gulungan benang untuk di­pintal (ditenun), setelah jadi hasil tenunannya, wanita itu menguraikannya lagi men­jadi benang. Lalu ia tenun lagi dan berulang2 ia uraikan kembali. Be­gitulah seterusnya ia jalani sisa-sisa hidupnya. Sesuailah kata-kata jahiliyyah mengata­kan, Asmara boleh membuat orang jadi gila sasau." (tentu bagi orang-orang yang tidak memiliki iman)

AI-Qur'anul Karim meng­abadikan kisah gadis Bani Ma'­zhum ini dalam surat An-NahI ayat 29, “Dan janganlah kamu seperti perempuan yang meng­uraikan benangnya yang su­dah dipintal dengan kuat men­jadi bercerai-berai kembali...” Yang dimaksud Al­Qur'an dengan 'wanita pengu­rai benang yang telah dipintal' tidak lain adalah Rithah Al­Hamqa. Dalam ayat tersebut Allah melarang kita berkelakuan seperti Rithah dalam menghadapi masalah jodoh. Namun demikian banyak ibrah yang dapat kita petik dari episod gadis kaya keturunan Bani Ma'zhum ter­sebut.

Kisah Rithah mengajar kita bahawa jodoh sebenarnya merupakan urusan Allah. Jodoh tidak dapat di­hindari manakala kita belum menginginkannya, dan sebaliknya ia juga tidak dapat dikejar ketika kita su­dah teramat sangat ingin men­dapatkannya. Bukankah Rasul pun telah bersabda: “Ketika di­tiupkan ruh pada anak manu­sia tatkala ia masih di dalam perut ibunya sudah ditetap­kan ajalnya, rezekinya, jodohnya dan celaka atau bahagianya di akhirat”. Kerana Allah telah menentukan jodoh kita maka tidak layak bagi kita untuk bimbang dan risau seperti Rithah. Kalau sudah sampai waktunya jodoh itu pasti akan datang sendiri.

Episod Rithah juga mengajar kita untuk melakukan ikhtiar (usaha) dalam mencapai cita-cita. Ka­lau ibu Rithah menda­tangi berbagai ahli nujum agar anaknya berhasil mendapat­kan jodoh, bagi kita tentunya mendatangi AI-Mujub (yang Maha Pengabul doa) agar tujuan kita tercapai. Allah sen­diri telah berfirman: "Dan apabila hambaKu bertanya tentang Aku, maka jawablah bahawa Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang-orang yang berdoa kepadaKu.. "(QS. 2:186) Dengan ayat tersebut Allah memberikan harapan yang sebesar-besarnya bahawa setiap doa yang disampaikan padaNya akan dikabulkan. Allah tidak mungkin mungkir janji, siapa yang paling tepat janjinya selain Allah? Dalam sebuah hadis riwayat Abu Da­wud, Tarmizi dan lbnu Majah, Rasul pun bersabda tentang masalah doa, "Sesungguhnya Allah malu terhadap seseorang yang menadahkan tangannya berdoa meminta kebaikan kepadaNya, kemudian menolaknya dalam keadaan hampa".

lbrah berikutnya yang dapat kita petik, ialah memu­puk sikap 'sabar' dalam meng­hadapi jodoh yang mungkin belum juga menghampiri kita padahal usia kita telah sema­kin senja. Firman Allah dalam Surah AI-Baqarah ayat 45, "Dan jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya yang demikian itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu', iaitu orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Rabbnya, dan mereka akan kembali padaNya".

Sabar dan solat akan selalu membentengi kita dari desakan orang sekeliling dan godaan syaitan yang berharap kita salah langkah dalam ma­salah jodoh ini. Masalah ini banyak ditanggung oleh saudara-saudara kita yang sudah layak nikah namun belum ada juga ikhwah yang datang meminang merupakan ujian yang - wallahu a'lam - sesuai dengan ketetapan Allah. Banyak kisah nyata bahwa resah gelisah dan tidak sabar dalam ma­salah jodoh malah mem­buat kehidupan selepas pernikahan tidak seindah masa lajang.

Di samping itu kita pun harus tetap men­jaga kemur­nian niat kita untuk menikah. Motivasi usia yang semakin senja serta tidak tahan mendengar umpatan orang sekitar harus secepatnya dihilangkan. ltu semua tidak akan menghasilkan suatu rumahtangga Islami yang kita harapkan. Ini adalah kerana kekukuhan rumahtangga kita seiring ada ­dengan kuatnya landasan iman dan niat ikhlas kita. Sungguh beruntung se­kali menjadi orang-orang muk­min. Tatkala mendapat ujian (termasuk jodoh) ia akan ber­sabar maka sabarnya menjadi kebaikan baginya. Dan ketika mendapat nikmat ia bersyukur, maka kesyukurannya itu men­jadi baik pula baginya.

Kisah gadis Bani Ma'zhum itu juga memberikan nasihat pada manusia di zaman kemudiannya bahawa jodoh merupakan amanah Allah. Amanah yang hanya akan diberikan pada seseorang yang dianggap te­lah mampu memikulnya kerana amanah merupakan se­suatu yang harus dipelihara dengan baik dan dipertanggungjawabk an. Manakala kita belum dikurniai amanah jodoh oleh Allah, mungkin belum waktunya untuk kita memikul amanah tersebut. Si­kap kita yang paling baik da­lam hal ini adalah sentiasa bersangka baik (husnudzon) kepadaNya. Kerana sesuatu yang kita cintai atau sesuatu yang kita anggap baik (jodoh) belum tentu baik bagi kita menurut Allah. Begitu pula sebaliknya sesuatu yang kita anggap buruk bagi diri kita belum tentu buruk menurut ilmu Allah. "Boleh jadi kamu rnencintai sesuatu padahal se­suatu itu amat buruk bagimu, dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu amat baik bagimu. Kamu tidak menge­tahui sedangkan Allah Maha Mengetahui" (QS. 2:216)

Akhir sekali kisah Rithah mem­berikan ibrah kepada kita untuk mengarahkan cinta (mahabbah) tertinggi kita kepada yang memang berhak memilikinya. Cinta Rithah yang begitu tinggi diarahkan kepada makhluk (suaminya), hingga membuat ia 'gila' Bagi kita tentu cinta yang tertinggi itu hanya patut dipersembahkan buat yang Maha A’lah pula (Khaliq). Bukankah salah satu ciri mukmin adalah asyaddu huballillah ada­pun orang-orang yang beriman itu amat sangat cintanya kepada Allah (asyaddu huballillah) .. " (QS. 2:165). Jika arah cinta kita sudah benar, maka yakinlah Allah SWT tidak akan mengabaikan kehidupan kita. 


dan janganlah pula kita menyalahkan Allah jika kita di pertemukan dengan orang yang salah dan juga bukan orang yang ditakdirkan untuk kita sedangkan kita amat mengasihinya... Allah lakukan semua itu bersebab..Allah mahu kita belajar bersabar, belajar mematangkan diri kita dan juga belajar untuk menerima hakikat bahawa apa yang kta impikan tidak semua akan menjadi kenyataan..

Bersabarlah wahai teman-teman yang ku sayangi...Yakinlah dengan Allah..Yakinlah bahawa dia telah menyediakan yang terbaik untuk kita..Yakinlah suatu hari nanti kita akan bertemu kebahagiaan kita..Namu sebagai pengorbanan untuk mendapatkan yang terbaik itu, kita harus bersabar dan kita harus menjadi yang terbaik untuk memperolehi yang lebih baik..sesungguhnya Allah amat menyukai dan mengasihani orang-orang yang bersabar..jangan di tangisi pada yang tidak sudi.. jangan di tangisi apa yang bukan milik kita...jangan sesekali menjatuhkan maruah untuk memperolehi apa yang bukan milik mu..


wassalam..