Showing posts with label Wanita. Show all posts
Showing posts with label Wanita. Show all posts

Saturday, 23 April 2011

Nasihat untukmu Wahai Wanita….


Kepada setiap muslimah yang rela Allah swt sebagai Rabbnya, Islam sebagai agamanya dan Muhammad sebagai Rasulnya.
Kepada setiap pendidik yang berjihad di jalan Allah dengan untaian kalimahnya, menjaga norma-normanya dan menyucikan jiwanya.
Kepada wanita yang bimbang dan bersedih, berbahagialah dengan dekatnya kemudahan, datangnya pertolongan Allah swt serta janji pahala yang besar dan terhapus segala dosa.
Tidak ada kecantikan bagi seorang wanita, tiada pula keindahan, harga diri dan kedudukan kecuali beriman kepada Allah swt. Apabila dirinya tegak di atas jalan ini, maka dia lah wanita yang mendapat petunjuk, diterima amalnya dan menjadi wanita pilihan disisi Rabb-Nya.
Namun, jika dia melepaskan jalan kebenaran tersebut, kafir terhadap Tuhannya, mengingkari agamanya dan melepaskan tuntutan-Nya, maka dia lah cermin kepada wanita yang murahan, hina dan terbuang.
Pada saat itulah sinar kecantikan seorang wanita mula menghilang, walau berkalung gugusan bintang di langit, meskipun bermahkota bintang gemini dan matahari terbit di keningnya.
Wahai wanita muslimah yang jujur, wahai wanita mu'minah yang selalu kembali kepada Allah.
Jadikanlah dirimu itu seperti sepohon kurma. Jauh dari keburukan, menjulang tinggi menghindar dari sifat mengangau. Dilempar dengan batu dia menjatuhkan buahnya, tetap hijau pada musim panas mahupun dingin dan memberikan manfaat kepada sekalian manusia.
Jadilah engkau orang yang menjauhi perkara-perkara yang rendah, keperibadianmu terjaga dari segala pola hidup yang menipu rasa malu. Ucapanmu adalah zikir, pandanganmu melahirkan ibrah (pengajaran), diammu adalah berfikir.
Saat itulah engkau mendapatkan ketenangan dan akan diterima oleh penduduk bumi. Tercurah segala pujian yang baik-baik, doa yang jujur dari semua makhluk, dan Allah swt akan menjauhkanmu dari awan kesempitan, bayang-bayang ketakutan, dan gumpalan kekeruhan.
Tidurlah berbantalkan curahan doa orang-orang mu’min.lalu bangunlah untuk meraih pujian yang ditujukan kepadamu. Saat itulah engkau mula menyedari bahawa kebahagiaan bukan terdapat pada simpanan harta, kad kredit dan kereta, rumah yang bagaikan istana, mahupun pada kasih nya seorang manusia, namun pada ketaatan terhadap Zat Yang Maha Terpuji. Kedamaian hidup bukan pada hiasan keduniaan, bukan pula mengabdi kepada hamba, namun kepada kepatuhan terhadap Zat Yang Maha Mulia.

Pesanku, jadilah seorang wanita bermaruah yang mempunyai kedudukan tinggi di sisi Tuhannya. Di mana namanya sentiasa disebut-sebut dalam kalangan para malaikat, dan yang berjaya memperoleh cinta yang Teragung, iaitu cintanya Ya Rabb lantas menjadi wanita yang paling bahagia di dunia.

Saturday, 16 April 2011

Jangan Bersedih...Jadilah Wanita Paling Bahagia..


Bismillaah...

Wahai wanita..jangan lah kamu bersedih hati...janganlah kamu mengalirkan air mata mu itu..Sesungguhnya air mata wanita adalah tidak ternilai...biarlah air mata itu hanya mengalir kerana Allah..Bersabarlah dalam menghadapi apa jua ujian yang Allah turunkan..pasti ada hikmahnya yang kita tidak tahu. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang tidak kita ketahui ( Al-Baqarah : 30 ). Dan kadang kala apa yang kita tidak sukai itulah yang terbaik untuk kita dan kadang-kadang perkara yang kita sukai itulah yang membinasakan kita..

Wahai wanita, jadilah kamu manusia yang paling bahagia di sisi Allah..sekiranya Allah tidak mengabulkan doa kita pasti ada yang terbaik telah Allah cipta untuk kita.. tidak saya nafikan memang susah untuk kita mengharungi setiap pahit getir cabaran dan dugaan namun, kita harus berfikiran positif terhadap Allah.. Kerana Dia kasihkan kita lah sekali-sakala Dia mengejutkan kita dari kelalaian dan kealpaan...bersyukurlah kita dengan ujian dari Allah kerana dengan perasaan bersyukur itu kita pasti mendapat kekuatan dan keteguhan iman untuk menerima ujian dari Nya..

tidak mengapa andainya kita kehilangan sesuatu yang kita sayang, tidak mengapa jika kita di tinggalkan oleh orang yang kita sayang dan tidak mengapa jika tidak ada yang menghargai kita.. mengapa saya berpendapat begini? kerana yang meninggalkan kita itu kasihnya tidak tulus dan sementara sahaja. kerana yang tidak menghargai kita itu merupakan orang yang buta hatinya. dan yang paling penting, kerana sebenarnya Allah itu mahu kita sedar bahawa Dia sentiasa menghargai kita, sentiasa menyayangi kita dan sentiasa memanggil-manggil kita ke arah Nya..namun kita tidak menyedarinya kerana terlalu alpa dengan kegembiraan sementara itu..Dengan mengejutkan kita sebegini barulah kita sedar bahawa kita sebenarnya telah melupakan Yang tulus menyayangi kita! kita telah lupa kepada Yang menghargai kewujudan kita..Subahanallah rupa-rupanya kita telah tersilap langkah..

jadi, lupakanlah yang tidak menghargai mu, lupakan kepada yang tidak memerlukan mu..lupakan lah yang sementara itu.. berbahagialah wahai wanita di sisi Nya yang kekal abadi.. Berbahagialah kamu dengan segala hikmah yang menanti Mu..Lupakan kesedihan mu..biarlah kesedihan itu berlalu pergi...mulakan sinar baru dalam hidupmu dengan harapan baru...ingatlah...Kasih yang abadi sentiasa menunggu mu..Maka perlulah kita berusaha untuk mencari Nya dan lupakan lah apa yang telah berlalu..jadikan itu sebagai pengajaran kepada mu...