Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Thursday, 19 May 2011

Kemanisan memaafkan insan lain...

Bismillaah..


sudah lama saya tidak update blog kesayangan saya ni..Kesibukan yang melanda memerlukan saya melupai seketika blog ini..dan Alhamdulillaah hari ini saya masih berkesempatan, masih bernafas untuk meluangkan masa mencurah luahan yang sudah lama bersarang di minda...hari ini tergerak hati saya untuk mengukir coretan mengenai sesuatu perkara yang sangat memberi ketenangan kepada saya..


Menuju usia yang semakin meningkat ini membuatkan saya berfikir mengenai kehidupan yang bakal saya tempuhi dan juga masa yang telah saya tinggalkan..Sedar tak sedar rupanya pantas masa meninggalkan kita..Semakin maningkatnya usia ini semakin takut dan bimbang memikirkan saat-saat kematian yang semakin menghampiri kita..Ya Allah takutnya diri ini memikirkan kekurangan pada persiapan diri ini dalam perjalanan menuju kehidupan yang kekal abadi dan juga perjalanan menemui Mu Ya Allah..paling saya takuti apabila saya secara tidak sedar telah melukai hati insan-insan di sekeliling saya..seperti yang kita semua ketahui, Dosa-dosa kita dengan Allah, Insyaallah di ampunkan selagi kita masih berkesempatan bertaubat dan juga  menyesal di atas seluruh perlakuan kita kerana Allah itu kan Maha Pengampun dan Maha Penyayang.. Namun, dosa dengan manusia bukan sewenang-wenangnya di ampunkan. Selagi tuan empunya badan tidak memaafi kita selagi itulah dosa itu masih lagi membelengu hidup kita. Kerana kelemahan kita lah yang menjadikan kita sukar memafkan kesalahan orang yang menyakiti kita. Itulah dosa yang paling saya takuti..


Bagi saya, walaupun sedalam mana luka yang pernah tercalar di hati saya, tidak pernah sekali saya menyimpan marah dan dendam..tidak mengapa jika mereka melukakan hati saya, saya maafkan mereka kerana di saat-saat hati ini memaafkan mereka, hilang perasaan sakit itu dengan serta merta, hilang perasaan marah itu dengan cepatnya..dan semenjak itulah saya menyedari manisnya perasaan memaafkan insan lain..

Alangkah indah nya perasaan sebegini..perasaan yang tenang tiada bandingan.. tidak boleh di beli di mana-mana..perasaan ini adalah lebih indah daripada memperoleh sesuatu hadiah dan juga lebih indah di saat-saat mengecapi bahagia bersama keluarga.. dan saya sentiasa merindui perasaan begini..

memaafi seseorang bukan lah kekalahan..namun sebaliknya ia merupakan satu kemenangan yang terbesar kita perolehi.. Sebagai manusia yang kita sendiri mempunyai kelemahan, mengapa kita harus berdendam antara satu sama lain? terutama kita saudara seagama..mengapa harus bertengkar? tidak kah kita semua sedar di saat kita berbalah sesama sendiri, iblis sedang ketawa terbahak-bahak melihat kebodohan kita kerana termakan hasutannya? tidak kah kita sedar bahawa di saat ini iblis berharap kita akan berpecah belah dan berperang di antara saudara sendiri? mengapa kita harus memberi sesuatu yang di harapkan oleh iblis? sedangkan iblis itu musuh kita yang nyata! di saat-saat kita memaafi seseorang, iblis akan kecewa dan meraung akibat kegagalan nya dalam mencetus permusuhan di antara umat islam.. itulah kemenangan di sebalik kekalahan...kemenangan menewaskan iblis adalah kemenangan yang terbesar dari segala kemenangan di dunia ini..

Kepada sahabat-sahabat yang saya kasihi, marilah kita menanamkan sifat saling memaafi di antara sesama manusia..kita tidak sempurna untuk tidak memberi kemaafan kepada insan lain kerana kita juga pasti melakukan kesalahan yang kadang kala kita tidak sedari..Marilah sama-sama kita merasai kemanisan memaafi seseorang...Alangkah ruginya jika kita sentiasa hidup di dalam dendam..alangkah ruginya kita hidup di dalam marah dan alangkah ruginya hidup di dalam membenci kerana semua hal ini akan merosakan diri kita sendiri....

Sebagai hamba Allah yang lemah, saya juga melakukan banyak kesilapan..jadi kepada sesiapa yang mengenali saya sepanjang tempoh 23 tahun hidup saya di dunia ini, tidak kiralah anda mengenali saya secara sengaja atau tidak, secara bersemuka atau hanya di alam maya ini, saya pohon beribu kemaafan di atas segala kesalah saya...di atas segala kekurangan saya dan di atas hasil tulisan saya yg tidak sebarapa ini yang mungkin menyentuh hati mana-mana pihak..segala yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang lemah itu adalah dari kekurangan diri saya sendiri..sekali lagi saya mohon kemaafan dan saya berdoa agar kita sentiasa dirahmati oleh Allah dan mendapat tempat di kalangan orang-orang beriman di akhirat kelak...amin..

Wallahualam....









10 Sifat Calon Suami Yang Baik

10 Sifat Calon Suami Yang Baik :

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Wednesday, 20 April 2011

Dari empat perkara kepada empat perkara..


Bismillaah..

empat perkara yang kita semua perlu ketahui...

empat perkara yang menguatkan badan :

  1. memakan daging
  2. memakai haruman
  3. kerap mandi
  4. berpakaian dari kapas
empat perkara yang melemahkan badan

  1. banyak berkelamin ( bersetubuh )
  2. selalu cemas
  3. banyak minum air ketika makan
  4. banyak makan bahan masam
empat perkara yang menajamkan mata

  1. duduk menghadap kiblat
  2. bercelak sebelum tidur
  3. memandang yang hijau
  4. berpakaian bersih
empat perkara yang merosakkan mata

  1. memandang najis
  2. melihat orang di bunuh
  3. melihat kemaluan
  4. membelakangkan kiblat
empat perkara yang menajamkan fikiran

  1. tidak banyak berbual kosong
  2. rajin bersugi ( mengosok gigi )
  3. bercakap dengan orang yang soleh
  4. bergaul dengan para ulama
** tambahan - sabda Rasulullah SAW : terdapat tiga perkara yang barang siapa terdapat ( ketiga-tiga perkara itu ) padanya nescaya dia memperoleh kemanisan iman ( iaitu ) Allah dan rasulnya dia lebih cintai daripada selainnya, dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api neraka." ( hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

Sunday, 17 April 2011

Jagalah pertuturan, sebelum ia membinasakan mu..

Bismillaah...


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..




Firman Allah S.W.T :
“Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya, melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang selalu hadir (malaikat Raqib dan Atid yang mencatat amalan.” (Surah Qaf 50:18)




"Pertuturan adalah lebih tajam dari sebilah pisau.."pernah kah anda mendangar perumpamaan ini? Wahai teman, wahai saudara ku...jagalah pertuturan anda sebelum ia membinasakan diri anda.. pertuturan adalah perkara yang paling memudah mendatangkan pahala dan tidak kurang juga mendatangkan dosa kepada kita.. sebagai peringatan untuk teman-teman dan juga untuk diri ku sendiri.. harus di ingat, sebelum kita mengeluarkan sebarang perkataan, kita perlu berfikir mungkinkah perkataan itu sesuai? adakah perkataan itu tidak menyakiti hati orang lain? dan adakah perkataan itu mendatangkan mudarat pada diri kita atau pada orang sekeliling kita terutamanya pada orang yang begitu dekat dengan kita..


pertuturan amat penting untuk dijaga kerana setiap tutur kata tidak dapat di tarik balik..dan mungkin akan membuat sesiapa yang mendengar berasa kecil hati, berasa rendah diri dan sebagainya. lebih malang lagi ia akan menwujudkan perbalahan dan juga mungkin akan memutuskan silaturahim antara sesama kawan, saudara dan sebagainya..Bukan itu sahaja, kerana tutur kata yang tidak enak ini juga mampu menghancurkan sebuah rumah tangga..dan ingatlah, jangan merasa senang untuk mengeluarkan sebarang "statment" walaupun kita bertujuan untuk bergurau..kerana ia mungkin menjadi isu sensetif kepada seseorang atau menyentuh perasaan seseorang..  cuba anda bayangkan jika perkara ini terjadi kepada kita..tentu kita merasa sedih..


dan segera lah memohon kemaafan serta bertaubatlah jika kita telah menyakiti hati seseorang dengan kata-kata tajam. tetapi ingatlah bahawa sebenarnya kata-kata maaf itupun tidak mampu memadam bekas-bekas luka di dalam hati seseorang yang telah mendengar kata-kata yang menyakitkan hati. 


Janganlah pula jika seseorang menyakitkan hati kita dengan kata-kata yang tajam lantas kita membalasnya.. tersenyumlah sahaja walau apa pun yang dihemburkan kepada kita..kawal lah perasaan kita dari membalasnya kerana jika kita membalasnya maka kita adalah lebih teruk dari mereka.. Maafkan lah mereka yang menyakitkan ati anda..jangan lah kalian menyimpan dendam kerana dendam itu merosakan hati manusia dan merobekkan iman kita yang kadang kala senipis kulit bawang,.. anggap lah kata-kata yang menyakitkan itu umpama radio buruk yang kadang-kadang sahaja mengeluarkan bunyi..


Malahan juga segelintir masyarakat kita apabila berkumpul pasti akan bercerita, mengumpat dan mengata. ini juga adalah contoh pertuturan yang di benci oleh Allah kerana ia adalah pertuturan yang sia-sia dan juga boleh mengaibkan insan lain..


di sini disertakan juga beberapa adap bertutur yang di anjurkan di dalam islam: 




1. Bercakap benar
Surah al-Tawbah ayat 119 :
 “Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan jadilah kalian bersama orang yang benar.”

2. Perkataan yang baik
Rasulullah S.A.W bersabda :
“ Jagalah diri daripada api neraka walau dengan sebelah kurma. Sesiapa yang tidak mendapatkannya maka lakukan dengan ucapan yang baik.” (Riwayat al-Bukhari)

Firman Allah S.W.T :
      “Dan ucaplah kata-kata yang baik kepada manusia.” (Baqarah 2 : 83)

3. Kurangkan bercakap
Sabda Rasulullah S.A.W :
“Dan sesungguhnya orang yang paling aku benci daripada kalangan kalian dan paling jauh daripadaku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bicara.” (Riwayat al-Tirmizi)

4. Jelas dan terang
Supaya hasrat dan maklumat yang disampaikan itu difahami oleh orang yang mendengarnya. Berbicaralah dengan perlahan-perlahan dan tidak tergesa-gesa dengan penuh keyakinan. Berikan tumpuan atau fokus semasa bercakap dengan memandang wajah orang yang mendengar.

Seelok-eloknya kita amalkan adab-adab ini..Sama-samalah kita berusaha memperbaiki diri kita supaya kita di senangi  semua orang dan Yang paling penting untuk mencari keredhaan dari Allah SWT..dan juga untuk menunjukan betapa murninya Agama Islam kepada mereka yang bukan islam supaya mereka tidak melebelkan agama kita sebagai yang bukan-bukan.

*** ingatlah wahai teman-teman, kata yang tidak enak itu adalah kata-kata hasil bisikan syaitan..syaitan itu akan berusaha menyesatkan kita walaupun sebesar zarah..dan pastinya syaitan itu bergelak ketawa di saat kita menyakiti hati insan lain..Wallahualam...***





Saturday, 16 April 2011

petua mencapai doa yang mustajab..

berikut merupakan antara 9 petua dari Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa yang mustajab yang sempat saya sertakan :

1. Anas Bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Doa di antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.” [3]
2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Allah akan turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: Sesiapa yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan dariKu maka Aku akan mengampuninya. [4]
3. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda, “Tiga orang yang tidak ditolak doanya, iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.” [5]
4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat di antara hamba dan tuhanNya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.” [6]
5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah, kerana sesungguhnya binatang tersebut melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah dari godaan syaitan, kerana binatang tersebut melihat syaitan.” [7]
6. Ubadah Bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan,
laila.jpg
Kemudian mengatakan, fighrli.jpg atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwudhu (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.” [8]
7. Ata Bin Abi Rabah berkata “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda, sesiapa yang membaca surah Yassin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.” [9]
8. Hadith dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.” [10]
9. Hadith dari Abu Hurairah, “Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda, pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bilamana seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.” [11]
Wallahu’alam.

Friday, 15 April 2011

Tips mengelakkan Pergaduhan....


Gaduh! sesiapa pun pernah bergaduh. Samada gaduh dengan kawan sebilik, kawan serumah ataupun semasa bercinta. Ada apa dengan gaduh? Ada baiknya kita bergaduh. Ada juga kesedaran diri untuk diri masing-masing. Tanpa bergaduh takdalah masam-manisnya. Kadang-kala pergaduhan juga membantu menambahkan keeratan setiap perhubungan. Peace!!!Berikut merupakan tips-tips untuk mengelakkan pergaduhan antara sahabat:


1.Kawal Emosi – “Chill lah!!”
Cuba kawal emosi kamu dengan cara menenangkan diri sebelum mengambil tindakan. Selalunya orang perempuan dikaitkan dengan emosi yang berlebihan. Cuba bertindak bijak dan jangan tunjukan perasaan marah atau perasaan tidak puas hati di depannya. Sekurang-kurangnya kamu tidak cuba menjadikan keadaan lebih keruh walaupun ketika itu perasaan marah membuak-buak di dalam dada.

2. Jangan Cari Pasal – “Ko kenapa nda puas hati!”
Dalam sesuatu perhubungan perlu ada tolak ansur. Berbincang bersama-sama sebelum melakukan sesuatu adalah sesuatu tindakan bijak. Namun perlu diingat jangan cuba mencetuskan sesuatu dengan alasan tidak sengaja hendak mewujudkan pergaduhan di antara kamu.

3.Jujur dan Saling percaya-mempercayai – “Aku percayakan kau”
Dua perkara tersebut begitu penting dalam hubungan persahabatan ataupun percintaan. Malah ia menjadi begitu penting apabila kamu telah berkahwin atau menjalinkan komitmen. Bersikap jujur dan percaya kepada si dia adalah kunci utama untuk mengukuhkan hubungan kamu. Jika dua perkara tersebut tidak ada, tunggu sahajalah keruntuhannya.

4.Berterus-terang – “Aku mengaku berjumpa dengan kawan lama aku Aritu”
Ia merupakan jalan terbaik dalam sesebuah perhubungan. Tidak berlindung tentang sesuatu perkara adalah lebih baik daripada kamu merahsiakannya dan dia mendapat tahu daripada orang lain. Bercakap benarlah walaupun ada kalanya pahit untuk menerima kenyataan.

5.Bersikap Terbuka – ” It’s okay, aku tak kesah pun”
Ini penting untuk mengekalkan sesuatu hubungan tersebut. Jangan terlalu ambil serius mengenai sesuatu yang tidak begitu penting. Pandang sesuatu perkara secara positif dan keadaan ini boleh mengelakkan daripada timbulnya sebarang masalah.

6.Jangan Ungkit Perkara Lalu – “Aku tau ko pernah mencuri kan?”
Kamu tidak sepatutnya mengungkit perkara lalu. Biarkanlah is berlalu tanpa perlu membongkarkan segala kisah silam. Bimbang is hanya akan merosakkan hubungan yang sedia terjalin.

7.Jangan Bandingkan Dia – “Ko ni sama ja dengan Bobo, busuk perangai macam kambeng!”
Jangan sesekali kamu bandingkan teman kamu dengan orang lain. Kamu perlu tahu bahawa tidak ada seorang pun yang suka dirinya dibandingkan dengan orang lain. Perkara ini jika tidak dikawal, hanya merugikan diri kamu sendiri.

8. Buang Sikap Ego – “Aku rilek ja”
Setiap orang ada rasa egonya yang tersendiri. Namun ia perlu dikawal. Tidak kemananya ego kamu itu.

9. Jangan Sikap Mengongkong – “Pergilah kalau nda nyesal kau!”
Ini selalu berlaku kepada mereka yang sedang bercinta ataupun adik-beradik. Kamu tidak berhak untuk memonopoli dia. Biarkan dia berbuat apa sahaja apabila dia tidak bersama dengan mu. Dia juga berhak untuk menikmati masa terluangnya sendiri atau bersama-sama dengan teman-temannya. Begitu juga kamu. Ada kalanya kamu mahu bersendirian dan tidak mahu ditemani sesiapa. Cuba fahami diri orang lain sebagaimana kamu mahu orang lain memahami diri kamu. Tetapi kamu perlu pastikan dia selamat dan pandai menjaga diri. Jangan buat dek plak!!

dan....yang paling penting skali dan di tuntut agama adalah:

10. Jaga pertututan anda....
pertuturan adalah yang paling perlu dijaga terutama jika anda tinggal serumah ataupun sebilik dengan rakan anda.. ketahui la bahawa rakan anda serumah @ sebilik merupakna orang yang terdekat yang perlu anda jaga ati mereka. Anda bayangkan jika kita sakit atau saat-saat kita memerlukan pertolongan, siapa yang akan membantu kita kalau bukan rakan kita yang terdekat. jika kita tidak lokek menjaga hati mereka nescaya mereka juga tidak berasa susah untuk membantu kita..dan tidak rugi orang yang menjaga hati rakan-rakan nya kerana apabila sekali kita menjaga hati manusia, 1000 kali Allah akan menjaga hati kita dan manusia akan turut menjaga hati kita serta menghormati kita. pertuturan kita melambangkan hati kita..

semoga dengan tip-tip ini kita akan dapat membentuk hubungan yang baik antara rakan-rakan kita serta dapat membina jaringan ukhwah di antara umat Islam...Wassalam.