Bismillaah..
“Katakanlah wahai Muhammad sesungguhnya Tuhan-Ku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya antara hamba-Nya dan Ia juga yang menyempitkan baginya, dan apa saja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dia sebaik-baik pemberi rezeki” (Saba’ – 39).
kisah ini benar-benar terjadi..& di harap kita semua mengambil iktibar..
Sofea ( bukan nama sebenar ) merupakan seorang pelajar tahun akhir di sebuah IPTA yang terletak di utara tanah air. Sofea ini seorang gadis yang biasa-biasa sahaja, sama seperti gadis-gadis lain. Dia berasal dari keluarga sedarhana. Biasalah kehidupan sebagai pelajar kadang kala duit blanja perlu jimat cermat dan kadang kala perlu mengikat perut.
Nk dijadikan cerita, pada minggu tersebut ayah & ibu si Sofea ini telah di jemput Allah untuk berangkat ke tanah suci bagi mengerjakan umrah.. jadi xseperti selalu lah dia perlu mengawal perbelanjaanya lebih berhati-hati kerana ibu bapanya tiada di Malaysia.dan pada suatu hari bila masa dia di dalam kelas sedang belajar, tiba-tiba salah sorang rakan di dalam kelas tersebut membuat pengumuman untuk minta derma bagi membantu 5 keluarga miskin di negeri itu. dan si Sofea ni rase amat-amat kesian pada keluarga-keluarga tersebut dan dia rasa dia patut membantu. Yang malang nya di dalam wallet si Lina ni ade RM1 jer sementara nk menunggu ahli keluarga nya memberi bantuan kewangan..dan dia merancang untuk beli nasi lemak bagi makan malam nya. tapi kerana dia merasa keluarga itu lebih memerlukan, dia bersedekah kepada keluarga-keluarga tersebut. terlintas di dalam hatinya "tidak apalah jika aku lapar malam ini, entah-entah keluarga ini dah berlapar lebih lama dari aku. biarlah RM1 ini mampu memberi mereka makan."
Dengan izin Allah pada keesokan harinya, Sofea di jemput oleh pensyarahnya ke rumah kerana ada program usrah. Baginya ini adalah peluang untuk dia memperbaiki dirinya kerana sebelum ini dia adalah seorang hamba Allah yang hampir tersesat dan tiba-tiba Allah memanggilnya pulang ke pangkal jalan dengan memberi dia satu musibah kecil. dan dengan senang hati untuk mempelajari ilmu-ilmu Allah itu dia pergi ke rumah pensyarah tersebut. Kerana RM1 yang dia korbankan semalamnya, Pada hari dia ke rumah pensyarahnya Allah telah gandakan rezekinya 10 kali ganda. pada pagi harinya, Dia mendapat nasi lemak yang di idam pada hari semalamnya dengan kuantiti yang lebih banyak dan lebih sedap. tengah harinya dijamu dengan pelbagai makanan yang enak lebih enak dari nasi lemak yang die tidak perolehi semalam. dan pada waktu petang diberi bekal dan buah-buahan oleh pensyarahnya untuk di bawa pulang ke hostel. tidak cukup dengan itu, pada masa dia tiba di hostelnya dia peroleh lagi makanan hasil pemberian dari seorang kawannya. dan pada malam hari masih lagi peroleh rezeki dari Allah juga. MasyaAllah betapa hebatnya kuasa Allah. bertapa pemurahnya Allah kita itu..Alhamdulillah besarnya pembalasan Allah kepada orang-orang yang bersedekah dan orang-orang yang mengorbakan keperluan diri nya untuk insan yang lebih memerlukan..

sama-samalah kita mempertingkatkan amalan kita di dunia ini. dunia ini hanya persinggahan yang sebentar sahaja menuju kehidupan yang abadi..siapi lah diri kita supaya apabila menghadap Allah nanti kita merupakan golongan yang di kasihi Allah serta mendapat syafaat. dan takutlah kita sekiranya di akhirat nanti Allah tidak menoleh pada muka kita kerana kebakhilan kita,kesombongan kita dan kerana hasrat dengki kita.. semoga dijauhi dari sifat yang buruk itu..amin..
Wallahualam***
No comments:
Post a Comment