Thursday, 19 May 2011

Kemanisan memaafkan insan lain...

Bismillaah..


sudah lama saya tidak update blog kesayangan saya ni..Kesibukan yang melanda memerlukan saya melupai seketika blog ini..dan Alhamdulillaah hari ini saya masih berkesempatan, masih bernafas untuk meluangkan masa mencurah luahan yang sudah lama bersarang di minda...hari ini tergerak hati saya untuk mengukir coretan mengenai sesuatu perkara yang sangat memberi ketenangan kepada saya..


Menuju usia yang semakin meningkat ini membuatkan saya berfikir mengenai kehidupan yang bakal saya tempuhi dan juga masa yang telah saya tinggalkan..Sedar tak sedar rupanya pantas masa meninggalkan kita..Semakin maningkatnya usia ini semakin takut dan bimbang memikirkan saat-saat kematian yang semakin menghampiri kita..Ya Allah takutnya diri ini memikirkan kekurangan pada persiapan diri ini dalam perjalanan menuju kehidupan yang kekal abadi dan juga perjalanan menemui Mu Ya Allah..paling saya takuti apabila saya secara tidak sedar telah melukai hati insan-insan di sekeliling saya..seperti yang kita semua ketahui, Dosa-dosa kita dengan Allah, Insyaallah di ampunkan selagi kita masih berkesempatan bertaubat dan juga  menyesal di atas seluruh perlakuan kita kerana Allah itu kan Maha Pengampun dan Maha Penyayang.. Namun, dosa dengan manusia bukan sewenang-wenangnya di ampunkan. Selagi tuan empunya badan tidak memaafi kita selagi itulah dosa itu masih lagi membelengu hidup kita. Kerana kelemahan kita lah yang menjadikan kita sukar memafkan kesalahan orang yang menyakiti kita. Itulah dosa yang paling saya takuti..


Bagi saya, walaupun sedalam mana luka yang pernah tercalar di hati saya, tidak pernah sekali saya menyimpan marah dan dendam..tidak mengapa jika mereka melukakan hati saya, saya maafkan mereka kerana di saat-saat hati ini memaafkan mereka, hilang perasaan sakit itu dengan serta merta, hilang perasaan marah itu dengan cepatnya..dan semenjak itulah saya menyedari manisnya perasaan memaafkan insan lain..

Alangkah indah nya perasaan sebegini..perasaan yang tenang tiada bandingan.. tidak boleh di beli di mana-mana..perasaan ini adalah lebih indah daripada memperoleh sesuatu hadiah dan juga lebih indah di saat-saat mengecapi bahagia bersama keluarga.. dan saya sentiasa merindui perasaan begini..

memaafi seseorang bukan lah kekalahan..namun sebaliknya ia merupakan satu kemenangan yang terbesar kita perolehi.. Sebagai manusia yang kita sendiri mempunyai kelemahan, mengapa kita harus berdendam antara satu sama lain? terutama kita saudara seagama..mengapa harus bertengkar? tidak kah kita semua sedar di saat kita berbalah sesama sendiri, iblis sedang ketawa terbahak-bahak melihat kebodohan kita kerana termakan hasutannya? tidak kah kita sedar bahawa di saat ini iblis berharap kita akan berpecah belah dan berperang di antara saudara sendiri? mengapa kita harus memberi sesuatu yang di harapkan oleh iblis? sedangkan iblis itu musuh kita yang nyata! di saat-saat kita memaafi seseorang, iblis akan kecewa dan meraung akibat kegagalan nya dalam mencetus permusuhan di antara umat islam.. itulah kemenangan di sebalik kekalahan...kemenangan menewaskan iblis adalah kemenangan yang terbesar dari segala kemenangan di dunia ini..

Kepada sahabat-sahabat yang saya kasihi, marilah kita menanamkan sifat saling memaafi di antara sesama manusia..kita tidak sempurna untuk tidak memberi kemaafan kepada insan lain kerana kita juga pasti melakukan kesalahan yang kadang kala kita tidak sedari..Marilah sama-sama kita merasai kemanisan memaafi seseorang...Alangkah ruginya jika kita sentiasa hidup di dalam dendam..alangkah ruginya kita hidup di dalam marah dan alangkah ruginya hidup di dalam membenci kerana semua hal ini akan merosakan diri kita sendiri....

Sebagai hamba Allah yang lemah, saya juga melakukan banyak kesilapan..jadi kepada sesiapa yang mengenali saya sepanjang tempoh 23 tahun hidup saya di dunia ini, tidak kiralah anda mengenali saya secara sengaja atau tidak, secara bersemuka atau hanya di alam maya ini, saya pohon beribu kemaafan di atas segala kesalah saya...di atas segala kekurangan saya dan di atas hasil tulisan saya yg tidak sebarapa ini yang mungkin menyentuh hati mana-mana pihak..segala yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang lemah itu adalah dari kekurangan diri saya sendiri..sekali lagi saya mohon kemaafan dan saya berdoa agar kita sentiasa dirahmati oleh Allah dan mendapat tempat di kalangan orang-orang beriman di akhirat kelak...amin..

Wallahualam....









10 Laluan Yg bakal dilalui oleh Manusia Dari Dunia sampai Akhirat....


LALUAN MENUJU KE KUBUR
Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
*Hindarkan perasaan irihati ( benci )
*Jangan terpengaruh dengan harta dunia
*Sucikan qadha' hajat dgn istibra ( berdehem selepas buang air kecil )

LALUAN UTK BERJUMPA IZRAIL
*Bersihkan diri dgn bertaubat
*gembirakan hati orang mukmin
*Bayar semula kadha ( Solat & puasa ) yang tertinggal.
*Kasih sepenuh hati pada Allah Ta'ala

LALUAN UTK BERJUMPA MUNGKAR NANGKIR
* Mengucap dua kalimah syahadah
* suka memberi Sedekah
* Berkata Benar
* Bersihkan dan perbaiki diri

LALUAN UTK MEMBERATKAN PERTIMBANGAN
* Belajar atau mengajar ilmu yang bermanfaat
* Sucikan perkataan dan pakaian
* Bersyukur dgn yang sedikit
* Suka dan redha dgn yang didatangkan oleh Allah

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
* Jauhkan perkataan sia-sia
*Pendekkan cita-cita dunia
* Banyakkan puji pujian kepada Allah
* Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL MUSTAKIM
* Kasihanilah aulia Allah Ta'ala
* Berbaktilah pada ibu bapa
* Berpegang teguh pada hukum syarak
* Bercakap perkataan yang baik sesama manusia

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
* Banyakkan membaca al-quran
* Banyakkan menangis kerana dosa dosa lalu
* tinggalkan perkara yang maksiat
* Jauhkan segala yang haram

LALUAN UTK MEMASUKI SYURGA
* membuat kebajikan seberapa yang boleh
* Kasihi orang yang soleh
* kerjakan segala suruhan allah
* Merendahkan diri di antara sesama makhluk

LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
* kasihilah nabi Allah Taala
* kasihilah Rasullullah
* tuntutilah yang difardukan oleh Allah Taala
* banyak selawat Nabi SAW

LALUAN UTK BERTEMU ALLAH
*Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah Taala
* Hindarkan diri dari menderhaka kepada Allah Taala
* betulkan dan baikkan i'tikad kepada Allah Taala
* Bencikan segala yang diharamkan Nya."

10 Sifat Calon Suami Yang Baik

10 Sifat Calon Suami Yang Baik :

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Mengapa ALLAH temukan kita dengan org yg salah..


Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.



1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.



2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.



3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.



4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.



5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...



6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.



7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.



8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.



9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.



Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.



Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..


dan...cinta kepada Allah adalah cinta yang abadi tiada peganti...Mencintai Allah merupakan Cinta yang paling baik di antara kesemua cinta suci yang ada...

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

Wednesday, 11 May 2011

10 Kediaman Syaitan Di Lubuk Hati Manusia


Imam Ghazali r.a telah menggariskan kpd kita sepuluh perkara yg menyebabkan syaitan bermaharajalela di lubuk hati kita….

1. Marah dan Syahwat
2. Hasad Dengki dan Tamakkan Dunia
3. Kekenyangan Akibat Makan Terlalu Banyak
4. Terlalu Menghias Diri
5. Keinginan Mengampu
6. Harta dan Wang Ringgit
7. Lokek dan Takut Miskin
8. Terlalu Fanatik,Taasub dan Berdendam
9. Terlalu Memikirkan Tentang Zat dan Sifat Allah SWT Tanpa Ilmu Pengetahuan dan Diluar Batas Akal Fikiran    Manusia
10. Sangka Buruk Sesama Kaum Muslimin

Saturday, 23 April 2011

Nasihat untukmu Wahai Wanita….


Kepada setiap muslimah yang rela Allah swt sebagai Rabbnya, Islam sebagai agamanya dan Muhammad sebagai Rasulnya.
Kepada setiap pendidik yang berjihad di jalan Allah dengan untaian kalimahnya, menjaga norma-normanya dan menyucikan jiwanya.
Kepada wanita yang bimbang dan bersedih, berbahagialah dengan dekatnya kemudahan, datangnya pertolongan Allah swt serta janji pahala yang besar dan terhapus segala dosa.
Tidak ada kecantikan bagi seorang wanita, tiada pula keindahan, harga diri dan kedudukan kecuali beriman kepada Allah swt. Apabila dirinya tegak di atas jalan ini, maka dia lah wanita yang mendapat petunjuk, diterima amalnya dan menjadi wanita pilihan disisi Rabb-Nya.
Namun, jika dia melepaskan jalan kebenaran tersebut, kafir terhadap Tuhannya, mengingkari agamanya dan melepaskan tuntutan-Nya, maka dia lah cermin kepada wanita yang murahan, hina dan terbuang.
Pada saat itulah sinar kecantikan seorang wanita mula menghilang, walau berkalung gugusan bintang di langit, meskipun bermahkota bintang gemini dan matahari terbit di keningnya.
Wahai wanita muslimah yang jujur, wahai wanita mu'minah yang selalu kembali kepada Allah.
Jadikanlah dirimu itu seperti sepohon kurma. Jauh dari keburukan, menjulang tinggi menghindar dari sifat mengangau. Dilempar dengan batu dia menjatuhkan buahnya, tetap hijau pada musim panas mahupun dingin dan memberikan manfaat kepada sekalian manusia.
Jadilah engkau orang yang menjauhi perkara-perkara yang rendah, keperibadianmu terjaga dari segala pola hidup yang menipu rasa malu. Ucapanmu adalah zikir, pandanganmu melahirkan ibrah (pengajaran), diammu adalah berfikir.
Saat itulah engkau mendapatkan ketenangan dan akan diterima oleh penduduk bumi. Tercurah segala pujian yang baik-baik, doa yang jujur dari semua makhluk, dan Allah swt akan menjauhkanmu dari awan kesempitan, bayang-bayang ketakutan, dan gumpalan kekeruhan.
Tidurlah berbantalkan curahan doa orang-orang mu’min.lalu bangunlah untuk meraih pujian yang ditujukan kepadamu. Saat itulah engkau mula menyedari bahawa kebahagiaan bukan terdapat pada simpanan harta, kad kredit dan kereta, rumah yang bagaikan istana, mahupun pada kasih nya seorang manusia, namun pada ketaatan terhadap Zat Yang Maha Terpuji. Kedamaian hidup bukan pada hiasan keduniaan, bukan pula mengabdi kepada hamba, namun kepada kepatuhan terhadap Zat Yang Maha Mulia.

Pesanku, jadilah seorang wanita bermaruah yang mempunyai kedudukan tinggi di sisi Tuhannya. Di mana namanya sentiasa disebut-sebut dalam kalangan para malaikat, dan yang berjaya memperoleh cinta yang Teragung, iaitu cintanya Ya Rabb lantas menjadi wanita yang paling bahagia di dunia.

Friday, 22 April 2011

Nasihat untuk mu jiwaku…



Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan anda, supaya anda dapat menjadi penilai yang baik.

Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan anda, supaya anda sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang tidak memahami keadaan diri anda, supaya anda dapat kasih sayang yang terbaik, khas untuk diri anda.

Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang tidak sempurna, supaya anda sedar bahawa ALLAH Maha Pemurah dan penyayang, kerana mengingatkan anda bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk anda dan kehidupan anda pada masa hadapan.

Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang sangat lain perangainya dengan anda supaya anda dapat mengutip pengalaman yang tidak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang banyak rungutan itu dan ini, supaya anda  menjadi  seorang manusia yang hebat jiwanya.

Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang tidak penyayang, supaya anda lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya ada bersama Allah s.w.t.

Memang ALLAH sengaja menemukan anda dengan orang yang banyak sombong dan bangga diri, supaya anda lebih mengenali kehidupan yang tidak selamanya kekal.

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita semakin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tidak pasti samaada ia menjadi milik kita.

Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.

Percayalah,  sesungguhnya ALLAH s.w.t. akan mendengar segala permintaan hambaNya  yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNya.

Sabarlah sahabatku. Ceriakan hatimu. Kerana ALLAH itu sentiasa ada bersamamu, selagi mana anda taat padaNya.